++kep0mp0ng hidup aku++

Just another Friendster Blogs weblog

Benda² dan peristiwa² yang buat aku takut dan fobia..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:57 pm on Wednesday, May 20, 2009

Banyak weh… Memang banyak benda dan peristiwa yang berlaku ke atas diriku ini. Huhuhu… Disebabkan benda2 ni, aku jadi penakut sehingga bleh buat orang berkata, ” ishhh.. badan je besar, tapi penakut”. Tapi bukan kupinta utk jadi penakut. Seriusss!!

  • Kucing.

Peristiwa ni berlaku masa aku tgh syok dok lepak ngan member baik aku, si giha. Masa tu kitorang lepak kat depan umah giha. Petang2 aku memang slalu lepak kat boyan. Nak amik angin petang. Time2 tgh syok borak, tetiba aku dengar bunyi kucing. Mula2 sekor. Tetiba jadi 2 ekor. Hah… sah. Ni mesti kes gaduh ni. Jap lagi, tak sampai brapa second. Si kucing 2 ekor tu terkam aku ngan giha. Kitorang yang dok kat boyan tu memang confirm la tak dapt nak larikan diri. Kira time tu aku redha je ke hadrat Ilahi. Masa kucing tu terkam, aku punya la terperanjat berok sampai aku jerit mcm orang kena histeria. Kucing tu bukannya nak buat apa2 kat aku ke nak cakar aku ke, tidak. Dia just nak lalu je. Cuma dia lalu salah tempat. Disebabkan dia nak lalu dengan pantas la yang buat aku tak brani lagi nak dekat ngan kucing. Kesian kucing2 yang lain sebab dorang tak dpt belaian dari aku.

  • Air laut

Masa tu aku pi bercuti ngan family blah ibu aku. Aku tak ingatla pi mana masa tu. Kalau tak silap aku, pi tanjung bidara kot. Aku turun ke laut dengan akak aku and pak lang aku. Time tu ombak biasa je. Takde la tinggi ke atau bergelora lebih. Tapi entah mcmana tengah syok2 mandi, tetiba kaki aku tak dapat nak cecah pasir. Udahh.. Gawat. Aku dah cuak ni. Aku try tuk bertenang tapi aku memang tak dapat nak cecah pasir. Aku pon Cepat2 capai tangan akak aku. Aku pikirkan selamat la klo dapat pegang tangan dia. Tetiba dia pon sama mcm nak lemas. Lagi teruk dari aku. Disebabkan aku pegang tangan dia, bebanan semakin berat. Dia tetiba mcm nak tenggelam dan kejap2 tenggelam timbul. Bila jadi mcm tu, aku lagi la bertambah panik dan terkapai2 mintak tolong. Aku panggil pak lang aku. Dia slumber je tgk aku dengan akak aku. Weehhh.. kitorang dah nak lemas ni dowh!! Ingat kitorang tgh main ‘baywacth2′ ke??? Bila dia dengar suara aku panggil nama dia sambil tertelan air masin tu, baru la dia gapai kitorang. Alaa.. tak jauh pon. Dia dok depan aku je. Masa dia slamatkan, aku rasa lega sangat. Ye yeahh.. aku masih hidup. Alhamdullillah.. Aku terus naik ke darat. Masa naik darat tu, aku terus tanya akak aku. Asal ko tadi? Akak aku cakap kaki dia mcm kena tarik. Pastu tetiba je tak dpat cecah pasir. Hmm… Kira sama kes ngan aku laaa….

  • Angsa

Peristiwa ni berlaku masa aku kat kampung. Aku ngan cousin aku nak pi kedai ‘ tok sentul’ nak beli kicap utk buat ‘kicap gula cili padi’. Tuk cecah dengan mangga.. Fuhh.. Meleleh air liur aku seh. Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah, kitorang kena lalu depan umah ‘cik zizah’. Kat umah dia tu memang ada banyak angsa. Bukan angsa kecik2. Angsa yang dia bela tu lebih besar daripada kitorang. Time tu umur aku brapa je john. Dalam 7 tahun kot tak silap aku. Sampai je depan umah dia, kitorg dikejar oleh angsa2 tersebut. Peehh.. Time tu baru la aku tau bakat aku dalam olahraga. Memang terserlah. Aku lari selaju mungkin dan untuk tidak membuatkan kelajuan aku terjejas, aku campak kicap yang aku beli tadi. Aku dah tak kisah dah nenek aku nak marah aku ke apa ke, lantak la.. Bila aku dah berjaya selamatkan diri, aku rasa mcm lega sangat tapi aku mcm tertinggal sesuatu. Ya ampunnn…!! Cousin aku!!!!!!! Aku patah balik utk dapatkan cousin aku. Jap lagi aku nampak dia dari jauh tgh bersungguh2 berlari sekuat mungkin. Dia tertinggal skejap sbb dia tak dapat nak selamatkan diri dengan angsa yang sekor tu. Dia kena patuk kat bontot dia. Lepas kena patuk, dia terus kumpulkan tenaga lari selamatkan diri. . Akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Ingatkan lega. Rupanya tak selamat bila berada dalam rumah sebab kena ‘peluru berpandu’ yang memang tak dpat nak elak dari nenek aku sbb pi kedai tapi tiada apa yang aku beli. Duit tetap abis. Bila aku citer yang aku campakkan kicap tu, nenk aku tak percaya. Apa laa.. Ingat aku nak buat ujibakat ‘anak wayang’ kat astro ke? Tapi klo aki borak2 ngan cousin tu, dia mesti ungkit benda yang sama. ‘Ko ni memang cousin yang always selfish!!’. Heheheee… sbb aku tinggalkan dia tanpa menghiraukan keselamatan dia…. Sori my dear…

  • Ikan Bilis.

Ikan bilis. Peerrghh.. Dulu makan benda ni la yang paling aku suka. Dulukan, nenek aku memang suka goreng ikan bilis. Pastu hidangkan nasi yang panas. Aku just makan tu je ngan kicap sebelum gi ngaji. Klo nak siang ikan bilis tu, bagi la job tu kat aku. Aku buat keje tu dengan bersungguh2 dan penuh dengan keikhlasan. Lepas buang taik ikan tu, terus aku masukkan ke dalam mulut aku tanpa dibasuh. Hehehe… Tu pasal antibody aku kuat leyy… Huhu.. Tapi ada satu hari tu, ikan tu telah membuat aku merana selama seminggu. Mana taknya, tengah syok2 mkn benda tu, tetiba ikan tu terselit kat gigit graham aku. Waaahh.. punya la sakit!! Memang melekat terus ke gusi. Aku try korek2 tp stil tersekat. Aku pon satu. Camner aku leh lupa yang gigi aku ni jarang dan mudah masuk sisa makanan??! Sengal tul. Dah seminggu tu, aku btol2 tak tahan sbb aku rasa mcm dh bengkak besar. Last2, aku dibawa ke klinik. Nasib baik tak kena bedah ko… Klo tak.. Fuhh.. Semenjak kes tu, aku tak berani nak makan. Bila tengok ikan bilis, tekak aku automatik kembang secara semulajadi.. Kira ok la tu… Terpaksa aku cari altenatif lain utk mkn benda2 yg berprotein tinggi……

Apa lagi ek yang aku tak suka??! Tak ingat la. Lain kali la aku citer klo aku dah ingat nnt…

Kerana air, lidah binasa……..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:55 pm on Wednesday, May 20, 2009

“Aduhh… Report blom siap!!! Arrgghhh…. Kang tak pasal2 mengamuk org tua tu kang. Mamat tu bukannya bleh bertolak ansur. Tak boleh berdiskusi. Apatah lagi klo tengah mood tak baik. Lagi hampeh. Risau la aku. Alamakkk!! Ada lagi yang aku blom siapkan. Weehh.. Giler ar..”

Inilah keadaan aku setiap hari². Hari2 pikir pasal keje. Hari2 rasa keje tak bleh nak siap. Hari2 rasa keje ni bleh buat aku jadi giler. Ntahla….

Tapi peristiwa tadi telah membuktikan bahawa terlalu memikirkan keje bleh buat kita jadi serba tak kena. Huhuhuuu… Jam dinding depan aku ni dah menunjukkan pukul 10am. So, aku memang dah get ready. Memang dah tak sabar nak mentedarah dah. Lapar giler plak arini. Dah sanpai cafe, aku pon pi la amik beehoon+telur goreng+tempe. Pastu aku order air teh ‘o’ limau SUAM…

Makan dengan tenang sambil ditemani dengan geng2 gegurls… Air yang aku order pon sampai. Aku nak kena makan laju2 ni. Nak antar report sblom tjadi benda2 yang tak diingini berlaku. Bruupp.. Alhamdulillah.. syukur nikmat. Ehh.. Air tak minum lagi. Slluurrrpp… Jap lagi……Auucchhhh!!!!… Lidah akuuuuuuu!!!! Menggelupor wehh… Aku rasa tadi aku order teh ‘o’ limau SUAM.. Tapi kenapa………..??? Melecur lidah aku dowh.. Otak aku plak memang dah set yang air tu memang air suam. Tetiba brader ni bagi aku teh panas… aarrgghh.. Menyesal aku kerana tak bersabar. Disebabkan aku nak kejar masa, aku takde masa nak tiup air tu bagi sejuk. Disebabkan air yang brader yg mempunyai 2GB memory tu dah membinasakan deria rasa aku tuk 1 hari.

Aku kecewa btol sbb segala makanan yang aku makan arini mcm tak rasa apa sebab lidah aku dah melecettttttttttt…………!!!!

Takde maknanya nak kongsi…!!!

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:54 pm on Wednesday, May 20, 2009

Bab kongsi mengongsi ni mmg bukan style aku. Ntah la. Ibu aku dlu slalu ajar utk bkongsi ngan adik-bradik aku yang lain. Tak kesah la apa barang sekalipon. Tp tak bleh ar. Aku suka klo aku punya sesuatu jadi milik aku sendiri. Sian ibu aku sebab tpaksa mendidik aku yang keras kepala ni.

Tapi aku ada satu citer yang aku akan ingat sampai bila2. Bila ingat balik kes ni, memang aku tak dpt bayangkan betapa buruknya perangai aku. Masa tu aku kat skola tadika. alaahhh.. Klo time tadika tu jangan la korang kata aku ni budak baik. Memang confirm korang penipu. Ada la satu hari tu. Cikgu nak pilih somebody tuk menyanyi ms ‘hari penyampaian hadiah’. Cikgu pun beriya2 umumkan bhw petang tu akan ada satu audition utk kami sertai utk pilih suara sapa yang sedap. Nnt leh nyanyi ms hari yang paling bsejarah buat kitorg. Ok.. Aku pon get ready la. Tup tup nama aku naik. Pehhh.. Bangga seh bila cikgu sebut nama aku yang bakal menyanyi time amik hadiah. Aku ingat nama aku sorang je.. Jap lagi cikgu panggil nama sorang lagi. Seingat aku nama budak ni ZAIDAH. Klo tak silap aku ar. Tp aku tak kesah sgtla sb budak yang bakal dgandingkan dengan aku ni memang baik. Aku suka kawan ngan dia. So, aku maafkan. Tapi yang buat aku takleh nak trima dia jd partner aku sbb ms latihan dia dh buat taik. Bukan apa, aku ni kan kira buat latihan dengan profesional. Tetiba aku naik angin sbb bila dia bukak mulot je dah leh buat aku hilang mood. Makk aii.. suara dia tak bleh blah. Tak sedap siot. Tapi disebabkan dia baik, aku tetap suka. Cuma muka aku berubah and jadi tak ikhlas la jadinya (tetap tak suka la tu!!) ngeee~

Sampai la hari yang dinanti2kan. Aku dengan baju kuning diraja dah siap sedia utk menaiki pentas. Aku kena amik hadiah dlu baru turn aku nyanyi. Kebetulan aku dapat tmpat pertama dlm kelas time tu. Diikuti dengan zaidah yg dpt no.2. Tu sbb aku kena nyanyi ngan dia. Kira persembahan dari pelajar cemerlang ( eehhwaaahh.. perasan lak aku)

Skrg berkumandanglah lagu ‘janji manismu-aishah’. Aku dengan penuh perasaannya menyumbangkan suara yang merdu ini dengan semangat dan begitu juga zaidah yang menyumbangkan lagu dengan suara yang memang sedia sumbang (isshh.. jahatnya aku. wakakahh) Jap lagi aku kena kongsi mic. Waahh.. Ni yang buat aku benci nih. Dah la kongsi lagu. Kena kongsi mic lagi. Aku pon tpaksa la pegang mic dan arahkan mic tu dok tgh2 antara kitorg supaya ke2-2 suara kitorg dpt dengar.

Ehh..lagu aishah ni panjang. Naik lenguh ketiak aku dok pegang mic tu. Apa lagi, dengan secara tak sengajanya, tetiba je mic tu leh menuju ke arah mulut aku sorang. Kesian zaidah. Suara dia terus tenggelam. Alaa..Sori la zaidah oii… Tapi serius time tu memang aku tak perasaan. Tgk la.. Dalam keadaan secara tak sengaja pon bleh buat aku tak nak berkongsi. Apa ntah lagi time aku sedar..

Apapon, aku ttp tak leh kongsi dengan apa saja benda yang jd milik aku tp tgk situasi. Klo terpaksa, aku tpaksa gak la redha sb segalanya dlm dunia ni kita tetap kena kongsi. Kena kongsi ibu, kongsi ayah, kongsi kakak, kongsi adik tapi.. aaaiiipppp.. jgn nk kongsi bf/suami. Klo aku dpt tau, abis laa..!!!

Inilah yang dikatakan sahabat selamanya….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:52 pm on Wednesday, May 20, 2009

Hmm…. dah lama aku tak update blog. Bukan apa. Aku bz giler melayan perasaan dengan keje yang makin menimbun. Apa pon, aku tetap takkan lupakan masa utk mengabiskan duit.. hehe. Maklumlah baru dapat gaji. So, its time tu beli apa yang patut. Aku pi IKEA tuk temankan my sis pi bli cabinet utk bilik dia. nak makeover katanya. So, aku ngan ibu aku ikutkan jela. Kena bawa ibu aku sb dia kan ‘interior designer’. Klo tak, mcmana nk matchingkan barang yg kitorg bli kan?? Kitorg gerak dalam tghari ms tu sb pg2 aku pi gunting rambut. Aku dah tak tahan dengan rambut aku yang rosak ni!! (tension tahap critical).. nak pilih barang2 punya la lama kat IKEA tu. Naik kematu la gak kaki aku. Nasib baik aku pakai kasut yang sepatutnya. Klo tak, rabak gak la kaki aku. Dah bayar tiket smua, aku pun gerak la ke parking keta. Tetiba, aku nmpak one group ni kecoh2 kat tmpat menunggu. Kira group gegirls la. Wahh.. Masing2 tgh memeluk each other to say good bye.

Girl A (Leader) : U, nnt kita jumpa lagi k??… Ummuahhh….

Girl B (berbadan kecik): yaa yaa… Pasti!!

Girl A : Haaa… U plak.. I nak peluk U lama2 ‘badan si gebu’…

Girl C (berbadan gempal) : Hahhh.. peluklah aku puas2.

Girl D : Weehh.. Aku mesti rindu kat korang…

Girl A : Ok.. Byee u all….. Miss u all… Kita jumpa lagi yaa.. huhu…

Girl D : Ok babies… Kita jumpa lgi this Monday..!!

Waaahhh… Peluk bagai nak giler. Macam takkan jumpa dlm ms 6-10 bln. Rupa2nya nak bpisah dlm 2-3 ari jerk. Memang bestfren 4eva laaa…..

Lain kali jgn pakai mcm obor² time dating!!!

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:51 pm on Wednesday, May 20, 2009

Semalam akak aku bawa aku pi makan kat restoran Johnny kat JJasco sempena besday aku. Ms aku naik ‘eskelator’, ada la couple tu kan main mesra lagi depan kitorang. Jap lagi elok2 je turun dr ‘eskelator’ tu, couple tu td tetiba mcm stuck kat tangga tu. Kitorg ingat gerfren dia tu jatuh. Rupa2nya nak tau apa yang jadi? Skirt gelfren dia tsangkut kat tangga bgerak tu. Waaahh.. gawat!! Pompuan tu muka memang cuak giler. Dia tarik2 skirt dia tp still tsangkut.

Tetiba boyfren dia punya pandai, demi menyelamatkan gelfren dia, dia off kan tangga tu. Peehh… tindakan dia memang bijak. tapi dalam masa yang sama, dia la jantan yang paling bodoh bagi aku. Memang klo dia offkan tangga tu dia akan dpt selamatkan gelfren dia. Tapi tindakan bijak dia tu membahayakan kitorg yang still lagi kat tangga bgerak tu. Korang bayangkan la. Benda tu tgh bergerak. Tetiba berhenti secara mendadak. Issshh… Aku dan semua org yang still kat tangga tu mcm nak terlangkup!!!! Giler nak mampos. Weehh.. macamana kalau org yang paling belakang terlangkup? Aku yang kat depan ni mcmana? Eeeiii…. tak dapat aku bayangkan. Mesti aku cedera parah.

Dalam kepala otak aku time tu memang nak jotos je kepala jantan tu. termasuk gelfren dia skali. Lain kali klo nak dating tu tak payah la nak pakai mcm obor2. Pakai jela sluar. Lagi bebas. Senang nak melangkah. Ni tak. Pakai skirt yang mcm nk menyapu lantai. Geram je aku tgk muka dorang tu. Sabar.. Sabarrr…………!!

Kuang ajau punya awek.. boypren dia pun agak bangang skit…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:50 pm on Wednesday, May 20, 2009

Aku cukup bengang bila dengar citer ni. Ntahla.. Rasa mcm langgar pantang pon ada gak. Aku rasa kadang2 orang bcinta ni memang bleh buat kita jadi tak berfikir dengan panjang smpai sanggup korbankan benda2 yang diluar jangkaan……

Gadis: Abg, alangkah bahagianya jika saya dapat melihat dunia ini dengan mata yang sihat. Alangkah bahagianya saya jika saya dapat melihat wajah abg seperti mana abg melihat wajah saya. Alangkah bahagianya saya jika kita dapat mengharungi kisah cinta kita ni bersama sehingga akhir hayat kita… (oppss.. agak jiwang skit part ni)

Boy : InsyaAllah sayang. jika diizinkan Tuhan, sayang akan tetap dapat melihat apa saja yang sayang ingin melihat. Hmmm.. sayang, sudikah sayang menjadi permaisuri hidup abg?

Gadis : Abg tak menyesal dapat isteri mcm Gadis?

Boy : Abg takkan menyesal dan abg akan sentiasa bersama dengan sayang.. Abg janji.

Selang beberapa hari…..

Boy : Sayanggg… Abg ada berita gembira buat sayang. Sayang dah dapat penderma mata yang sesuai buat sayang. Tak lama lagi sayang akan dapat melihat apa yang sayang idamkan..

Gadis : Really?? Alhamdulillah…

2 bulan kemudian……..

Gadis : Aduhh… sakitnya mata saya doktor.

Doktor : Buka mata perlahan2 yaa..

Boy : Sayang, sayang dah nampak ke?

Gadis : Maaf, encik ni siapa?

Boy : Ni abg sayang. Bakal suamimu.

Gadis : Abg? Napa abg….. Hmm.. takde apa2 la.

2-3 hari kemudian…

Boy : Sayang, abg rasa dah tiba masa kita kawin. Lagipon sayang dah dapat melihat dan dapat mencapai impian sayangkan?

Gadis : Abg, boleh tak kita bincang sikit?

Boy : Boleh sayang. Apa dia?

Gadis : Sebelum tu Gadis nak minta maaf klo apa yang Gadis bakal cakap ni akan menyakitkan hati abg. Sebenarnya Gadis dah fikir. Gadis rasa gadis dah buat keputusan untuk terpaksa tolak lamaran abg tu..

Boy : Kenapa sayang??

Gadis : Gadis nak minta abg bg Gadis peluang. Yela.. Sebelum ni Gadis tak nampak. Gadis seolah2 tiada pilihan untuk memilih. Jadi, Gadis nak minta jasa baik abg untuk lepaskan Gadis untuk gadis membuat pilihan untuk menentukan hidup Gadis selepas ni. Gadis minta maaf sangat. Abg memang seorang lelaki yang baik. Memang tak dinafikan. Tapi Gadis….. Susah Gadis nak jelaskan. Lepaskan Gadis..

Boy : Sampai hati Gadis buat abg mcm ni. Baik.. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Abg dengan berat hati akan melepaskan Gadis. Abg harap Gadis bahagia dengan pilihan Gadis dan abg berdoa semoga Gadis temui cinta sejati yang boleh mencintai dan berkorban apa saja untuk Gadis. Tapi cuma satu yang abang ingin pinta…

Gadis : Apa dia abg?

Boy : Abg cuma nak minta, tolong jaga ‘kedua-dua belah mata’ abg dengan baik kerana hanya itu saja pengorbanan yang abg mampu yang buat utk Gadis..

Rupa-rupanya, mata yang ada pada Gadis itu adalah mata Boy yang didermakan kepada Gadis hanya kerana ingin melihat impian Gadis yang dicintai tercapai.

Moral: Kalau aku, aku tak marah sangat dengan si Gadis tu. Tapi aku akan marah giler dengan si Boy sbb kenapa la dia bodoh sangat bagi kedua-dua belah mata dia?? Bagi sebelah je cukup la. Baik sangat. Last2 sapa yang merana?? Janganla kita terlalu taksub dengan sesuatu cinta yang belum pasti menjadi milik kita. Aku juga berdoa mudah2an aku tak terjebak dengan kisah cinta seperti ini. Sungguh kejam bagi aku. Damn it..!!!

Akulah segalanya…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:49 pm on Wednesday, May 20, 2009

Hahaha.. Aku la heroin boss aku. Aku seorang pekerja yang hebat…. Yaaa…. Aku la yang bleh buat segalanya. Aku la pekerja yang paling bijak bagi boss aku… ” Erfiza, u kan pandai. Ur kapasiti masih boleh muat lagi kan? I know u..”… Shit!! I hate that ’sentences’… AmsterDAMN you!!…. Aku tak payah nk jadi ’student AF7′ pon dah bleh jadi ‘Qaud’. Aku ‘Qaud’ smua job. Taikkan????….

1. Aku tukang control OEE bagi “MOLDING”

2. Aku tukang buat ‘OBEYA REPORT’ untuk “MOLDING”

3. Aku tukang settlekan masalah² yang ada kat “ASSEMBLY”

4. Aku tukang settlekan system² bangang untuk “STORE”

5. Aku tukang cuci ‘water filter’ klo dah berkerak (ini benda yang paling buat aku bengang)

6. Aku tukang buat ‘SOP(Standard Operation Procedure)

7. Aku tukang menjawab ngan customer klo customer tak puas hati ngan barang or delivery

8. Aku tukang buat, control, settlekan ‘EFFICIENCY’ for smua dept

9. Aku tukang buat air

10. Aku tukang betulkan ‘photostat machine’

11. Aku tukang fotostatkan ‘management report’

12. Aku tukang hantar ’sample parts’ kat company sblah yg merupakan adik-beradik ngan company aku (walaupon pkara ni jarang berlaku, tapi tetap buat aku benci dan tak ikhlas nk buat keje tu!)

13. Ni kerja yang bukan under boss aku iaitu tukang tanam cendawan, petik cendawan, jual cendawan, jual baja ( ni memang keje yang paling aku suka dan enjoy!!! Aku ikhlas melakukannya.)

14. Aku tukang angkat panggilan talipon.

Weehhh…. Ingat aku punya kapasiti 16Gb ke yang bleh upload and simpan banyak?? Jangan salahkan aku klo aku lupa or salah buat benda2 yang bukan kerja aku. ” I’m ondaway to be crazy!!”. Itu merupakan ’statement’ budak2 operator Nepal yang tension dengan keje dorang. Aku pon dah terikut2 cara dorang cakap. Hehe… Isshh… Otak aku dah takleh nk control. Bila ’sereberum, serebelum and mendula oblogata tak bleh nk conbine each other dgn baik, mula la aku punya perangai berubah sedikit demi sedikit. Ketensionan aku menjalankan tugas kat company ni sampai aku:

1. Buat keje sambil menitik air mata (sampai tahap mata aku bengkak2).
2. Buat keje sambil mencarut (adakala sebut ‘benda’ sndri!)
3. Buat keje sambil sebut ” Aku benci Mr. %#$#@”
4. Buat keje sambil tendang2 meja
5. Buat keje sampai tak leh nk jawab talipon sbb aku tau pasti orang yang kol aku tu akan dpt smting iaitu ” FREE MAKI”

Senang citer, orang yang ada pHD pon blom tentu dapat buat keje mcmana aku buat. Aku merangkap engineer, general clerk, production clerk, secretary, taukeh cendawan, coffee girl, admin.. Apa lagi yg harus disumbat dlm otak aku ni huh???????????????

Lembu punya susu, sapi yang dapat nama…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:47 pm on Wednesday, May 20, 2009

Huuhhhh.. tak adil. Benci betol.. Pada mulanya aku kurang paham dengan maksud ‘peribahasa’ tu. Maklumlah. Aku merupakan pelajar paling corot dalam kelas bahasa melayu. Dalam kelas je. Tp time exam, aku dapat mengatasinya dengan baik. Thanks God!! I luv you.. Apa maksud peribahasa ni ya?? Hayatilah situasi ini…………..

SITUASI

Ada seorang gadis yang memang minat menyanyi. Dia ni selalu menyanyi dalam biliknya. Kira berlatih la..

Anak:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku, ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku… ( Lagu paling ngetop di indonesia MATAHARI-AGNES MONICA)

Kebetulan time dia nyanyi tu, si IBU tengah masak kat belakang……… Kat blakang bilik si minah ni ada plak orang lalu lalang… Mulalah kejadian itu……

Orang gaji sebelah umah (merupakan minah indon):
Akak.. bleh saya tanya? Akak ke yang nyanyi tadi??

Si ibu dengan terpinga-pinganya menjawab….

Ibu:
Eh, bukan. Bukan akak yang nyanyi. Mungkin radio kot…..

Orang gaji sebelah umah:
Iyala kak. Bukan bunyi radio. Saya dengar deh. Sedap bangat suara akak. Saya pikir suara akak memang unik. Ngaku ajalah kak. Saya ulang-alik lalu sini. Saya pasti dong dari rumah ini.

Ibu:
Oooo… hehe.. ( buat2 sengih mcm kerang busuk). Bukan akak. Bukan akakkkk….

Huwaaa… tu je jawapan si ibu. Rupa2nya si anak ni terdengar perbualan mereka ni. Dalam hati dia punya la kembang kuncup sebab dapat pujian tapi disebalik sudut hatinya, dia agak sedih sbb suara dia yang sedap tapi ibunya yang dapat nama dan pujian. Huhuuuu… Inilah yang dimaksudkan oleh peribahasa tersebut..!!

(Note: Yang aku peliknya, suara sedap mcm minah ni pon tetap tak terpilih tuk jadi calon2 pelajar dalam rancangan reality. Huhhhh!!)

Bebola daging atau span pinggan mangkok???

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:03 am on Thursday, March 5, 2009

Mana satu pilihan anda?? Huhh… Dunia ni dah makin tua. Aku tgk skrg punya musim dah melambak2 kes yang tukar jantina dan tukar “taste” of nafsu. Kadang2 aku naik keliru. Panggilan “kakak” bukan sahaja untuk “gegirl” je. Panggilan ‘abg’ bukan utk boboy je. Camtula. Aku ada 1 kes. Benda ni jadi kat tempat keje aku sndri. Masa tu aku memang membutuhkan somebody to help me angkat barang. X larat aku nak angkat sorang. So, aku pun pandang ar keliling aku. Sat lagi aku terpandang di hujung sudut tu. Ada seorang kakak ni. Aku just Nampak dia dari belakang je. So, aku pikir aku nk minta dia tolong aku la. Aku pon dengan tak segan silunya nak pi tegur dia. Peehhh… wangi betul minah ni. Makin dekat makin sedap bau dia. Tgugat gak ar iman aku ni hah.. Perfume dia bau fresh giler. Wa dah rasa mcm nk peluk dia beb tp wa waras lagi. Takkan aku nk peluk dak pompuan plak kan?? Rambut dia punya la bkilat, lembut dan panjang mengurai… guna jari pon boleh sehh.. aku dengan lembutnya pegang bahu dia. Aku pon panggil la “akak, bleh tak akak tolong saya kejap?”.. skali dia toleh…. “nak angkat apa dik?”…. Oh my God!!! Tkejut berok aku beb bila dia toleh. Aku naik confuse ngan mata aku sndri. Muka cantik beb. Suara dia alamak aiiii…!! Hancusss…. Tp, lantak pi la. Aku tetap mintak dia tolong aku. Cuma  aku dh tak panggil dia ‘akak’ dah. Aku tak ckp apa pon ngan dia sbb aku mcm dh serba salah nk pnggil apa. Hmmm.. disebabkan aku confuse ngan mata aku, aku mengambil keputusan utk menguji ‘hamba Allah’ didepan mata aku ni. Tapi dengan cara yang agak drastic laa… otak aku ni kepingin sgt nak tau dia ni lelaki yg nk jdi pompuan ke atau pompuan yang mmg punya suara yang agak garau.. heheh… aku mula lancarkan plan yang ada dlm kepala hotak aku ni. Ms angkat barang tu kan, aku buat2 mcm t’sadung kat depan dia and nak tau apa yang jd?? Dengan pantas aku bpaut pada “bebola daging” dia.. Memang.. memang sahhh!!!.. dia bukanla wanita. Secara zahirnya ia kelihatan seperti bebola daging tetapi secara batinnya ia seperti span pinggan mangkuk!! Hahaha…. Tak ori maaaa….

Hatiku dipanggil-pangil….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 8:42 am on Sunday, February 1, 2009

Seriusssss… alamakk!! Ni bukan cerita seram la. Ntah la. Aku tak tahu kenapa tetiba hati aku terasa sesuatu. Semenjak 2-3 minggu ni aku rasa lain mcm. Hati aku seolah2 telah dbuka sedikit demi sedikit. You’ll know what happen to me? Hatiku telah dipanggil untuk mengerjakan haji. Tapi aku masih tak mampu untuk ke sana. Biar aku kongsi cerita ngan korang. Benda ni berlaku tanpa disedari. Bila solat, aku menangis kerna aku masih tak mampu. Tuhan tu Maha Kaya. Terus terang aku katakan, aku menjadi lebih rapat dengan-Nya. Aku senang hati bila mengadap dengan-Nya. Lapang rasanya lelah didada bila dapat borak dengan-Nya. Aku tak pasti. Aku masih keliru. Setiap kali solat, aku aku kuat mengatakan aku akan ke Mekah. Umrah or Haji? Who knows…! Aku mula dekatkan diri dengan mpelajari dan mendalami Islam agamaku sndiri. Insaf??? Memang insaf tp aku masih belum dapat mengubah diri aku 100%. Kenapa ya??? Isshh… aku memang jahat!! Aku ingin mendalami ilmu al-Quran. Aku bnekad aku akan terus belajar..belajar..dan belajar.. aku sayang Kau Ya Allah…

 

(Note:  Ya Allah.. Adakah Engkau merencanakan sesuatu yang baik buat aku?? Aku harap aku dapat capai impian aku utk menjadi tetamu untuk-Mu Ya Allah. Aku mohon.)

++ Kau bukan raja dihati rakyat++

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 11:38 pm on Tuesday, January 20, 2009

Salah ke aku nk bagi kek?? Apa jijik sangat ke?? Babi hutan belantara btol ar.. aku memang dah geram tahap cipan cipanzee. Ni kisah bos aku. Korang nk tau?? Isshhh.. susah btol hati aku bila ingat balik kisah tadi. Tadi member sebelah aku bagi aku kek. Bukan sempena besday aku tapi sempena pemulangan ‘tepaware’. Hehe.. So, aku pikir baik aku potong2 kek tu and agih2 kan kat staff smua. Bkn ramai pun. Kira blebih la jugak kek tu. Aku bg smua rasa. Sampai kat mr. siow……… “ mr. siow nak kek??”…. “Urrmm.. I tak mahu la.”….. “ Btol ni tak nak kek ni?? Amik la rasa satu. Sedap tau.” …“…..  Heh.. U ingat I ni PENGEMIS ke?? Klo pizza ke bleh gak I nak makan!!”… What a f00k!!! Dia tengking aku??  Memang dia ni babi hutan belantara paling tembam aku rasa. Huhu.. malu tau. Aku just pelawa dia je. Apa?? Jijik sangat ke kek tu?? Mentang2 dia orang atasan, hanya bleh makan pizza, western food?? Boot la dia … orang banyak makan ‘bah kuh teh’ mmg mcm tu. Heh.. aku ni bniat baik. Aku pelawa sbb ko boss aku. Takkan aku hanya nk kasi ko tengok je kek tu?? Hek eleh.. baru setakat tempat duduk ko kat blakang aku, dah nk blagak.. baru setakat ada ‘master of engineering’ dah nak meninggi lebih. Aku tau ar aku takde ‘cert’ yang lebih advance dari ko. Ko jangan ingat aku bodoh yang bleh dipijak2. Klo takde aku, bengkok la ko kat marutech tu. Klo aku takde kat MTE, ko menjawab ar segala persoalan dengan PROTON. Klo ko pandai sgt, asal ko suruh aku buat keje ko? Asal ko suruh aku settlekan segala pending kat PROTON?  Ko ingat aku ni engineer yang btauliah? Ko ingat aku ni conductor production yang hebat? Ko ingat aku ni wanita pertama yang jadi perdana menteri? Eiii… aku rasa klo dia jadi raja, musnah segala impian rakyat. Aku benci kau siow gundut!!!

(NOTE: Klo la dia buat speech kat depan time ada presentation, jangan kata kasut yang melayang kat muka dia, kerusi biru yang beroda tu yang akan terpakok kat perot dia tu. Bagi kempis skit..!! hahahaha……..)

dear diary

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:15 am on Thursday, January 15, 2009

Dah lama aku tak tulis ‘diary’. Klo nak diikutkan, aku ni bukan la penulis diary yang setia. Penatla nk tulis2 ni. Klo korang tgk diary aku, memang unik. Nak tau unik tang mana? Haa.. diary aku unik tang “tulisannya”. Hehe.. Klo korang tgkkan, tulisan aku pada perenggan pertama memang cantik. Memang kemas. Memang comel. Bila dah sampai tengah2, ok lagi. Masih cantik Cuma agak ketar2 skit. Dah sampai bab yang last, peehh… Makin hilang serinya. Jangan kata buruk, terus tkeluar dari garisan buku tu. Haha… Penat btol la. Aku tak tau la mcmana orang yang punya diary tu bleh tulis sampai ada 3-4 buku dalam masa setahun. Aku plak baru 4-5mukasurat, aku dah malas nk tulis. Memang la sebelum tulis tu hati bkobar2 nk tulis mcm2. Tapi bila dah start, time tu la mata ni nk ttutup la. Jari rasa nk patah la.. Ada lamp pon mcm takde lampu laa.. (kira pandangan dah gelap). Tapi klo kita bicara pasal ‘diary’ ni, mst kita akan pikir diary ni just utk “gegirl” kan?? Sbnarnya tak. Klo korang buat survey, brapa ramai lelaki yang ada diary?? Pasti ramai giler. Lelaki yang ada diay ni bagi aku dia seorang yang romantic tapi penuh rahsia. Agak bahaya tu tapi aman jiwa jika mendampingi orang2 spt mereka. Tapi apapon bg aku lelaki yang punya diary ni adalah orang yang cerewet. Pasti aku kurang masuk kot ngan otak aku. Hmm…

(Note: Walaupon aku tak suka tulis diary, tapi aku tetap punya diary sampai 3-4 buah buku. Bukan utk tulis tapi koleksi. Seronok tu ada byk2 buku.)

Pantang nampak ‘promotion’ (tester)…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:03 am on Tuesday, January 6, 2009

Haaa…. Aku ada satu cerita yang nk dkongsikan dengan korang smua. Ni kisah ayah aku. Ayah aku ni memang punya satu kepantangan. Nak tau dia pantang apa?? Ayah aku ni pantang nmpak promotion (tester utk mknan). Alaa…. Korang penah pi Giant ke, Tesco ke, Jasco ke? Korang akan nmpak ada gegirl yang bawak tepaware & dlm tu ada mknan utk customer tester. Ada kan?? Ayah aku pantang je nmpak klo org tu suruh dia tester. Dia mesti amik tak kesahla brapa kali skalipun. Dah dpt mknan, nak amik tester utk minuman plak. Yang tak bestnyer, dia paksa kitorg amik sama. Aduhh… malu she. Tapi aku jenis muka yang tak malu. Aku pon amik sama. Aku ni kan ‘duta makanan’. So, memang pantang nmpak mknan. Aku bedal jela. Heheh… korang jangan plak tiru style aku klo korang rasa korang nk cover cun n cover macho. Klo korang jenis yang extreme & gamble, korang bleh ikut cara aku.. waaa laaaa…!!

 

(Note: Tak payah la nk cover2 cun or macho. Be your self la. Klo korang nk kutuk aku, aku terima je. Atlease aku bukan “pompuan plastic”. Aku pelik la nk cover2 cun ni. Apa yang dorang dapat ek?? Mungkin klo dengan cover2 tu, mungkin akan disukai oleh jejaka2 hensem tp bg aku, biarla lelaki tu terima korang seadaanya. Baik time korang wangi mahupun time korang busuk..!!! Klo lelaki2 yang suka korang time wangi tu, mesti ‘something wrong some where’…..!!!)

azam aku utk maal hijrah 1430

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:11 am on Sunday, December 28, 2008

Selamat menyambut tahun baru Islam kawan². Hmm… Aku dah buat “azam” dah utk menyambut tahun baru Islam ni. Sambil bertafakur di atas sejadah, aku berfikir sejenak. Dengan keadaan hati yang tenang, aku telah berfikir masak² dan ingin mengambil keputusan. Aku ingin menanam azam utk memakai tudung. Maksud aku, aku ingin memakai tudung ke mana aku pi. No ‘on off’. Sblum ni aku kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung. Bila aku rasa nk pakai bju yang ‘ranggi’ skit je dah mula la aku tak pakai tudung. Bila rasa nk enjoy lebih je, mula la aku lupa nk menutup aurat dan mahkota ku (yakni rambutku). Mulai sekarang, aku akan cuba utk menjaga penampilan aku. Aku akan pakai pakaian yang sepatutnya dipakai oleh muslimah. Bantu aku Ya-Allah utk menjaga auratku. Dan aku juga berharap sokongan teman2 supaya jika aku melanggar azam aku tahun ni, aku harap korang menegur aku supaya aku kembali ke pangkal jalan. Dan satu lagi. Aku harap, aku dapat “sesuatu” dengan perubahan aku. Aku berterima kasih dengan ‘IDOLA’ aku. Dia telah mengubah pemikiran aku daripada yang tak baik kepada yang baik. Walaupun dia hanya menyedarkan aku dengan hanya perbuatannya, tanpa berbicara denganku, aku tetap berterima kasih padanya….. SELAMAT TAHUN BARU ISLAM & TAHUN BARU ONGPUTEH.. hehe..

Rekaan Di Meja

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 8:53 pm on Monday, December 15, 2008

Ooohh.. Tadi aku borak2 ngan Miza pasal time2 zaman skolah dulu. Topic yang paling hangat diperkatakan adalah topic “HIASAN DI MEJA”. Bukan hiasan yang kena letak pasu bunga ke apa ke, tapi pembalut meja. Style apa dan jenis apa yang kitorang gunakan. Orang kata setiap apa yang kita lakukan atau apa yang kita suka tu melambangkan diri kita sendiri. Aku ni memang peminat kartun. Tp tengok jenis kartun gak ar. Lagi satu, aku minat pada colour. Korang masuk la bilik aku. Memang colour2. Mcm2 colour tu. Bukan tu je, aku pengumpul stationery. Penuh she meja aku. Ms blaja dlu, korang try la bukak aku punya ‘pencil box’. Dah macam poket doraemon. Apa je yang korang nk semuanya ada. Tu sbb aku memerlukan pencil box yang BESAR. Sampai sekarang, memang dah perangai aku suka yang besar2. Mcm lagu PIANKA- MAU YANG BESAR. Hehehe… Aku klo pilih beg pon mesti nak yang besar2. Senang she nak bawa apa je. Payung pon ko bleh masukkan dalam beg. Kan senang?? Ehhh… Dah terlajak plak. Tadi aku citer pasal pembalut meja kan?? Biar aku citerkan pasal kwn2 aku punya dulu. Pelbagai2 jenis yang aku nmpak. Bagi yang Islamic, meja dorangpenuh dengan “mutiara kata” dari pendita. Doa2 yang mudah utk dorang baca sekilas pandang. Bagus loh klo mcm tu tapi aku mintak maaf sbb aku tak brapa nak sedar time tu. Huhu.. Ada yang suka pada abstract bunga. Melingkar2 la bunga kat meja dorang tu. Ada yang lagi classic seh.. Korang nak tau apa corak yang dorang buat?? Dorang amik yang original punya. Memang creative abis. Dorang just guna kulit meja yang sebenar. Tak payah balut. Kan nmpak classic??? Acah2 lama gitu. Hehehe.. banyak la lagi. Aku punya pulak.. Fuhh.. aku punya lagi “grand” sehh… Aku just balut guna pembalut gambar cartoon pastu aku letak tulisan2 yang “baik punyerrrr”….. korang kena tgk sendiri baru korang tau betapa cantiknya aku punya meja. Uuurrmmm… tapi aku nk cakap ngan korang, secantik mana pon meja aku, aku tetap malas belajar. So.. ini lah nasib aku.. hahaha.. Hanya menjadi ‘taukeh cendawan’… Yess…

(info:Bukan aku tak puas hati dengan pencapaian aku, tapi klo aku blajar btol2, aku mesti dah jadi ‘angkasawan wanita malaysia’ yang pertama… hahaha………..)

Perangai Pelik Aku Time Nak Meningkat Umur…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:42 pm on Wednesday, December 10, 2008

Sorry la aritu aku tak sempat nak citer. Asik berak-berak je. Aku sambung haaa.. Klo korang nk tau, aku dah buat ‘target’ enjoy aku. Means, aku buat target sampai 25thn utk merasa semua benda2 yang remaja buat. Aku terus terang la ngan korang. Sebenarnya aku blom abis nak enjoy lagi. Masa makin lama masa makin beralih dan berubah dengan pantas. Aku makin tertekan. Serius.. Memang dah perangai aku klo nak masuk umur yang baru, aku mesti akan buat benda yang pelik. Dlu, ms nak masuk umo 21thn, aku buang tebiat dengan memotong rambut aku yang lurus dan panjang. Bkn potong ‘layer’ or potong paras bawah bahu, tapi potong pendek!!!!… Sampai aku demam seminggu sebab tak biasa. Yela.. korang bayangkan. Apa perasaan korang bila kepala korang jadi ringan?? Bukan tu je. Masa mula2 aku potong rambut, aku tak bleh terima kenyataan. Aku bleh teresak2 nangis dalam bilik air sekuat2 hati aku sebab rambut aku dah tinggal sikit bila nak cuci. Dammnn!!! Huwaa.. dah tak banyak buih.. Memang serik habis. Ni smua gara2 tgk citer japan lebih sangat la ni. Ada sorang heroin tu. Cute giler rambut pendek. Hahh.. Amik ko!! Aku tiru rambut dia tapi tetap tak sama muka dia dengan muka aku. Huhu.. (cam sial)… Umur 22thn plak. Ms tu aku mula keje. Dapat la duit skit. Time tu aku ni fikir nak jadi ‘feminin’. Umur dah nak masuk 22thn. So, aku kena ubah penampilan aku memandangkan aku kan dah keje. Kena la jadi mcm ‘dewasa’ skit. Aku mengambil keputusan untuk beli apa yang pompuan suka. Apa lagi?? Beg & kasut laaaaaaaaa……… Setiap kali aku pi mana2, mata aku akan tertumpu kepada beg dan kasut. Tapi yang peliknya perangai aku time tu, aku akan beli kasut or beg yang pelik2 saja. Wehhh.. korang tak tau. Macam2 jenis seh.. Akhirnya?? Beg yang aku beli tu aku gantung kat tepi dinding kat bilik aku (itu kalau beg yang selalu aku pakai). Separuhnya aku letak dalam beg kartun yang besar (mcm taukeh2 pasar mlm gunakan) yang dibeli kat kedai RM2 dan campak kat atas almari milik ‘my lil bro’. Membazirkan?? Masuk umur 23thn plak, aku mengambil keputusan utk menindik telinga aku. Aku ingat lagi masa tu. Aku tindik kat Johor ms ‘tahun baru cina’. Aku raya cina kat johor umah mak cik aku. Ni semua pengaruh ‘cousin’ aku la. Aku tiru style dorang. Dorang lagi advance dari aku. Tindik sampai penuh telinga. Peehhh… aku tindik depan IBU aku. Ibu aku relax je. Nasib baik my lovely mommy sporting. Yang nasib tak baiknya bila jumpa DADDY. Bleh plak dia tanya “ are you my daughter??”.. Oh God.. Very da sharp la u punya soalan. I’m so so sorry Dad. I dah tindik dah pon. I dah mintak permission dari ibu ok!! Aku just tindik 2 lubang je. Sakit bukan kepalang la bai… Tapi apa IMPACTnya?? Seblum aku tindik, aku lupa nak pikir yang cuping telinga aku ni sebenarnya tebal. So, aku tak bleh guna anting2 yang pendek. Tapi cina tu guna yang pendek. Jadinya?? ‘Earing’ tu dah terbenam dalam daging cuping telinga aku. Untuk mengeluarkannya, aku menggunakan khidmat kakak kesayangan aku (EMI) utk bantu aku mengeluarkannya. Sampai daging aku terkeluar skali bersama2 dengan earing aku tadi. Heeyeeww.. itu kisah tindik yang bahagian bawah. Skrang aku nk citer pasal bhgian atas plak. Walaupon bhgianatas aku just tindik satu lubang je pon dah bg byk mslah kat aku. Telinga aku tumbuh gelembung nanah yang sangat besar (bagi aku la). Kali ni aku menggunakan khidmat Mak Lang aku (merupakan pegawai perubatan di HUKL) untuk cucuk nanah aku ni. Siap pakai pisau seh.. huhu. Tapi kecik jela. Masa tu aku tak risau sgt pasal pisan n jarum tu. Yang aku risau apa tau?? Mak Lang aku bleh membebel sambil pegang alat2 dia utk buang nanah tu. Tau2 la klo dah membebel, hilang fokus dibuatnya nanti. Mak Langgg.. Aku blom kawin lagi. Aku tak nak laki aku mempunyai isteri yang hanya satu telinga. Huwaaa… Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Untuk kemasukkan umur yang baru bagi tahun hadapan pulak, aku dah mula lakukannya. Apa benda yang aku dah buat?? Haaa… korang tunggula lain chapter. Dah pnjang sgt dah ni. Ingat novel cinta yang korang slalu baca tu ke? Heellooo…

(note: Jangan salahkan AYAH yang tak bleh mengandung klo punya ANAK mcm aku ni..!! Pleaseeee… Jgn bg anak2 korang ikut mcm aku. Ni pesanan buat anak aku jugak yang bakal lahir tak tau bila tahunnya. Ayahnya pon aku tak tau sapa jadi pilihan aku. Bkn jadi pilihan aku, tapi siapakah yang akan memilih aku? Cibai..)

~Peralihan Masa dan Umur~

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 11:22 pm on Saturday, December 6, 2008

What?? Nak masuk 2009? Apa yang bakal berlaku selepas ni? Auuwwccchh…Ni tak bleh jadi ni. Aku mesti bertindak. Tapi bagaimana?? Aduhh… Aku dah mula tension ni. Bukan apa.. Aku rasa kawan² dan kakak2 yang lebih tua dari aku pon akan rasa mcm apa yang aku rasa kan kan kan? Eleh… jgn la korang nak berselindung ngan aku ni. Kan blog sblom ni aku dah bgtau korang yang aku ni ada ‘6ixsenth’. Masih lagi korang nk berdalih?? Huhh… baru2 ni aku ditegur oleh ‘boss’ aku. Bukan tegur pasal keje tapi tegur pasal “MY EYE BAG”…(What??.. The… F00k..) Aku bleh jawab, “ni i punya make-up (celak yang dah kembang) boss”. Tapi sebenarnya bila dia tegur aku, aku terus tengok cermin. Oh Nooooooooooooooooooooooooooo…..!!!! Dah terlambat utk menangis. Boss aku cakap aku tak cukup tido ke?? Huhu.. Actually, yes!! Aku memang tak cukup tido. Banyak yang aku pikirkan. Lepas tengok sitron ‘INTAN’, aku dah masuk bilik dah. Ingat nak membuta tapi mata aku ni tak bleh nk lelap. Mcm yang aku cakapkan tadi. Aku banyak mengelamun. Kejapnya aku dah nk masuk umo 21tahun. Eehhh… hehehe. Nak masuk 24thn la. Haa.. Ni dah mula la tak nak mengaku tua. Huhu.. aku dah makin tension. Bila aku makin tension, aku akan buat ‘perangai’. Hanya family aku je yang tau. So, biarlah aku kongsi ‘perangai’ aku dengan korang pulak ye.. Tapiiiii.. Blog aku seterusnya la baru aku citerkan perangai pelik aku tu… aku cirit ni. Tak bleh nk taip huruf2 ni byk sangat sbb aku asik nk jumpa ‘MR. TAN’ je.. sambung ye..

(pesanan: Jangan mkn tanpa melihat makanan yang anda mkn. Klo tak, korang akan jadi mcm aku. T’telan taik lalat agaknya.. sakit giler perot aku.. *&$^# betol!! Lagi satu. Jgn menonton bola bila makan. Klo tak, anda akan jadi mcm aku sbb slalu tak hadam mknan yang aku mkn. Yela.. Bila bola nk masuk g00l je, aku dah t’telan mknan yang ada dalam mulot aku (sedangkan aku blom kunyah pon) sbb excited nk cakap “G00000000ooL”. Padahnya?? SEMBELIT!! )

Hubunganku Dengan Yang Maha Esa..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 11:14 am on Saturday, December 6, 2008

Tertutup mataku dari semua pandanganku…. Apa yang aku pikirkan?? Yaaa… Aku adalah hamba Allah yang tidak setia pada janjinya. Pada ‘alam roh’ sebelum aku menjadi janin yang setia bergantung dikantungan rahim ibuku, aku telah berjanji dengan ‘PENGUASA ALAM’ bahawa aku akan mengikut dan mentaatinya sehingga hari kiamat. Tapi, adakah aku mengotakan janji aku?? Tahun 2008 semakin laju berlari meninggalkan aku. Tapi aku?? Masih lagi berada di alam remaja yang leka, yang masih tidak tahu di manakah noktahnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan diri sendiri ataupon mengenakan sesiapa, tapi aku ingin anda membaca, melihat, mendengar dan sama2 berfikir adakah kita ini cukup sempurna, cukup taat, cukup baik, cukup setia dan cukup mulia di mata Allah? Kawan-kawan, aku ingin membuat pengakuan. Aku mengaku yang selama ini aku tidak menjaga hubungan aku dengan Allah Yang Maha Esa. Aku mengabaikan tanggungjawab aku yang telah diamanahkan kepada aku. Aku mengingkari setiap janji2 aku pada-Nya. Islam itu indah dan mudah. Allah telah menghadiahkan ‘SOLAT 5 WAKTU’. Dalam solat 5 waktu itu punya 5 nama yakni waktu yang blainan iaitu ‘SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK’. Aku penah baca satu artikel bahawa solat itu adalah makanan. Pasti anda tertanya-tnya kan??? Yaaa… subuh. Subuh umpama sarapan kita. Tapi pada waktu subuh aku liat nak bangun. Aku tak tipu. Aku selalu kunci jam pukul 6am. Tapi aku kunci jam dikepala aku pukul 7am. Bukankah aku begitu jahat dengan sengaja utk tidak sembahyang? Aku sungguh kejam!! Waktu zohor. Zohor adalah waktu yang jarang aku tinggalkan. Tapi hanya waktu bekerja. Bila waktu cuti, aku alpa. “ Dah masuk waktu zohor ni. Relax ar. Baru pukul 2.00pm. Kul 3.00pm la baru solat… Eh, dah pukul 4.00pm. Mana sempat lagi nak solat zohor??” haahh… itu mudah berlaku. Pura2 terlupa!! Kau sungguh kejam wahai Erfiza!! Sekarang tiba pula waktu Asar. Memang selalu aku biarkan waktu ini berlalu tanpa ada perasaan takut mahupun bimbang. Seolah2 tiada apa yang ingin dilakukan waktu itu. Aku pulang dari kerja pukul 6.00pm. Sampai rumah dah nak dekat pukul 7.00pm. Selamat tinggal waktu Asar. Sekali lagi aku begitu kejam!! Selepas asar, waktu maghrib mula menginsing. Siaran televisyen mula mengambil alih untuk melekakan aku. Bleh plak time2 maghrib, citer best2 disiarkan di tv. Oppss…. Dah pukul 8.00pm. Aku dengan kelam-kabut mandi. Wow.. lajunya sembahyang.. Nak kejar masa la katakan. Adakah solat aku diterima oleh Allah? Kejamnya aku kerana tidak kusyuk ketika solat. Solat yang paling akhir adalah Isyak. Aku selalu solat secara pakej. Maksudnya, selepas solat Maghrib aku terus duduk di atas sejadah dan menunggu waktu solat Isyak. Aku solat dengan tenang tapi fikiran aku ntah kemana.. Adakah Allah mendengar setiap bacaanku? Rupa-rupanya aku tidak makan?? Bagaimanakah jika kita tidak mkn dengan begitu lama? Pasti kondisi badan kita tidak baik dan kita mudah sakit. Kekejaman demi kekejaman yang telah aku lakukan terhadap diri sendiri. Ya Allah.. berdosanya aku. Mengapa aku melakukan segala dosa itu sedangkan aku tahu bahawa solat itu adalah hadiah dari-Mu utkku? Solat itu dikatakan hadiah kerana orang yang menjaga solatnya akan dilindungi oleh Allah. Setiap pekerjaan yang dilakukannya akan menjadi mudah. Bukankah itu satu hadiah?? Dengan solat, hatinya akan menjadi bersih. Bukankah itu dinamakan hadiah kerana bila hati bersih, kita terhindar dari segala kemungkaran. Dengan solat, kita akan bersujud. Anda tahukah bahawa otak kita ada satu saluran darah yang susah utk dialirkan darah ke saluran itu. Bagaimanakah hendak mengalirkan darah ke saluran darah yang ada di otak kita? Dengan bersujud. Itulah hadiah Allah. Bagi mereka yang solat, yang bersujud akan terpeliharalah salah satu organ penting di badan kita yang kita tidak menyedarinya. Bagi orang yang berdiet, solat adalah senaman yang paling sempurna dan paling baik bpuluh2 kali berbanding senaman ‘yoga’. Mengapa kita harus buang duit utk pergi kelas yoga?? Membazir..!! Hadiah dari Allah dengan membantu kita utk berjimat. Ya Allah.. Ampunkan aku kerana aku tidak menggunakan hadiah kurniaan-Mu sebaik mungkin. Bila satu hari tak borak dan mendengar suara orang yang aku cinta, aku sunyi. Hati aku kosong. Aku resah. Mood aku pun bleh hilang. Tapi mengapa aku tak merasakan sesuatu bila aku tak solat? Adakah cinta aku pada ‘manusia’ lebih mendalam dari mencintai ‘Pencipta manusia’?? Nauzubillah… aku berdosa. Aku hanya mengingati-Nya ketika aku susah. Berdosanya aku! Aku berdosa. Aku benar2 hina. Bila aku duduk merenung dan fikirkan segala dosa2 aku, baru aku sedar dan perasan. Jika aku menjaga hubungan aku sama Allah dengan baik, pasti hubungan aku dengan manusia jugak pasti “tip-top”. “Ya Allah, sudikah Kau membantuku?? Aku ingin menjadi hamba-Mu yang paling baik, paling taat, paling mulia. Aku menginginkan perlindungan-Mu dari segala sifat malasku utk beribadat dan menghubungi Kau, Ya Allah. Peliharalah kasih sayangku Ya Allah. Aku harap, aku mampu utk menjaga dan menggunakan hadiah yang Kau berikan pada aku ya?? Aku harap aku tetap setia dengan Kau wahai Allah ku sayang. I love youuuu…. Aku adalah milik Kau secara mutlak”. –THE END—

(Luahan hatiku: AKU TAK LAYAK UTK KE SYURGA-MU TAPI TAK PULA AKU INGIN UTK KE NERAKAMU. NAUZUBILLAH.. renung-renungkan dan amal-amalkan!!)

cuba… itulah aku padamu

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 11:56 pm on Friday, December 5, 2008

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Lirik ini ada kisah benar!! Tu smua kisah yang aku alami sekarang. Sakit… memang sakit. Hanya sekadar kawan!! Aku hanya layak diberi gelaran “PENDENGAR SETIA” … Aku punya cerita yang ingin dikongsikan kepada kalian semua..

Aku kenal dengan seseorang. Dah tentulah seorang lelaki. Kitorang memang rapat. Rapat sangat-sangat. Macamana aku leh jumpa dia ek?? Hmmm.. bertemu dalam satu “peristiwa”. Takmo la cerita. Biarlah jadi kisah aku. Mula² aku ngan dia just tegur2 gitu je. Tak berapa rapat sgt sbb aku tak suka tgk muka dia. Roh tak serasi ar. Memang aku nk marah je bila cakap ngan dia. Tapi dia tetap cool je bila cakap ngan aku. Ok… Lama2 aku ‘quite close’ each other sbb aku slalu borak ngan dia. Tukar2 pendapat. Tanggapan aku terhadap dia yang menyatakan dia ni poyo ternyata meleset lepas aku dah kenal dia dengan lebih mendalam. Syok.. Banyak yang aku belajar dari dia. Dia seorang yang memandang masa hadapan. Aku mula sukakannya. Sunyi klo aku tak borak ngan dia satu hari. Dia tak penah merahsiakan apa2 dari aku. Dia selalu bercerita tentang msalahnya. Aku menjadi pendengar yang paling setia. Suatu hari dia mengajak aku untuk temankan dia pergi shopping.. Wowww.. Aku gembira bukan kepalang. Aku dengan bersemangatnya ikut dia dengan perasaan gembira. Tapi ms dalam perjalanan nk menuju ke destinasi, handphone dia asik berbunyi. Tak lekang dengan ‘sms’. Bila hp berbunyi, dia jawab. Tapi yang buat aku sakit bila ayat2 yang dituturkan sungguh……………!! Huhh…Hancur beb hati gua. Hilang mood aku tapi stay steady lagi sbb aku gembira dapat temankan dia. Aku hanya simpan dlm hati walaupon jeles. Sampai ke shopping complex tu, dia bawa aku jumpa seseorang. PEREMPUAN!!! Ya Allah Ya Rabbi… Macamana aku nk cover muka aku?? Memek muka mcamana kah yang sepatutnya aku buat?? Air mata dah bertakung.. Relax… Erfiza kuat!! Yaaa!! Aku jalan sorang2 kat belakang. Macamana aku bleh jadi setabah ini dengan melihat dorang jalan bsama? Hmm.. Takpe. Aku bagi chan. Memang mesra…mesra..mesra.. Masa perjalanan balik, aku berubah menjadi seorang yang pendiam dan menjadi orang yang banyak berfikir. Dia tegur aku baru aku bercakap. Sekali lagi aku menjadi pendengar yang setia. Aku dengar segala kegembiraannya… aku mengambil tindakan dengan ‘IGNORE’ perasaan sendiri. Aku happy bila melihat dia happy.. tapi lama kelamaan, aku tengok dia berubah sedikit demi sedikit. Aku kehilangan teman yang paling rapat secara perlahan-lahan. Dah takde main ‘sms’. Dia dah lupakan aku. Sedihhh…..dia hanya msg aku bila dia ada msalah. Aku tetap menjadi pendengar setia dan penasihat terhormat. Takpe.. Aku hanya nak dia rasa senang… aku hanya nak melihat ‘teman sayang’ aku gembira. Aku tak kesah janji aku dapat melegakan hatinya bila dia susah. Tapi, klo la ko tahu wahai ‘anak ibu’, aku sakit… Sakit sangat.. Aku benci ko.. Confirm!!! Aku benci.. benci.. benci… Bila aku cakap, ko tak penah nak dengar. Ko dengar sambil lewa. Ko tak penah nk tengok mata aku secara mendalam. Ko bodoh sebenarnya. Kita dua-dua bodoh. Tapi aku bodoh skit la dari ko sbb ko bodoh banyak!! .. hahahaha….. bila ko gembira, ko tinggalkan aku. Ko campak aku ke tepi. Bila ko ada mslah, ko datang cari aku. Kenapa aku lembut hati sangat?? Napa aku sentiasa nak tolong ko walaupon aku benci ko?? Tak paham aku….

(pesanan dariku: JAGALAH PERASAAN ORANG YANG MENGAMBIL BERAT TERHADAP DIRI ANDA. JAGALAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA MCM KITA SAYANG DIRI SENDIRI. JANGAN ABAIKAN MEREKA. HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA SETIA DENGAN KITA KERANA KITA BAKAL KEHILANGAN MEREKA BUAT SELAMANYA KERANA MEREKA BUKANLAH MILIK KITA SECARA MUTLAK!!)

Azmeer VS Shyam Nepal

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 7:41 am on Monday, December 1, 2008

Patutlah hati aku rasa tak sedap je tadi. Tadi poksu (Azmeer) tanya aku nk pi mkn mana for lunch?! Aku cakap tak tau lagi sbb tak rasa lapar. Sampai time lunch, perot aku bkeroncong plak. Aku pon ingat nk pi kedai kat MPK la. Nk bli meehoon goreng. Aku tnya poksu smada dia nk ikut aku pi MPK ke tak nak. Last2 dia tak nak sbb panas terik kat luar. Adoiyaii.. mcmana la aku leh lupa yang mamat sorang ni tak bleh kena panas. Tak pasal2 bdarah hidung kang. . So, aku pi la dengan Ain & Ida. Tunggu punya la lama. Cau ci$@! tol. Kitorang msuk lambat.Sampai kena tolak gaji la.. taik tol. Bila aku masuk opis je aku dengar bunyi sora kuat. Rupa2nya Azmer gaduh ngan Shyam. Menggigil tangan aku. Jantung aku dah degup2 laju dah. Mana taknya… cuak seh. Mr.siow ngan En. Omar tengah dorang. Yang kesian Azmer la. Tengkuk, leher & dada dah darah2 dah. Si shyam cakar. Puncanya si budak Nepal tu kejutkan Azmer dengan cara yang kasar. Azmer tido kat bilik assy. Tetiba si Shyam datang and cekik Azmer. Katanya orang tak bleh tido kat dalam bilik ni. Apa lagi, mamat ni panaslah. Cuba klo korang.. Tgh syok tido, tetiba ada orang sergah kuat2. Mau tak menyirap darah ko smpai ke otak??! Azmeer plak memang dah lama pendam & dendam ngan mamat ni. Apa lagi?? Amik ko sebijik!!! Leher tu memang dah btanda2 dah. Melecet-lecet. Bleh plak tadi Azmer cakap “ Tak pasal2 aku dapat ‘love bite’.” Aku jwb balik, “ Kesian ko. Dapat ‘love bite’ dari Shyam lak tu??!” Wakakah.. Dah jadi kes.. bila dipikirkan balik, klo la dia ikut aku pi mkn td, mesti dia tak jadi gaduhkan?? Hati aku ni bleh rasa tau. Aku ni ada magic skit. Kira ‘6ixsenth’ la. Hahahaha… –THE END–

Cendawan VS Ikan Keli

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:01 am on Sunday, November 30, 2008

Semalam aku borak2 dengan family aku psal bisnes.. Aku cakap ngan ayah aku yang aku tak nak keje kat Marutech selamanya. Aku just nak spent time kat sini dlm stahun lagi. Bukanlah aku nk merungut yang keje kat MTE tu tak best tapi smpai bila aku nk bergantung pada company orang. Aku pun nak jadi bos jugak. Akak aku pon dah ada company sndri. Aku punya matlamat sndri. Aku target umo aku 30thn aku mesti dah punya sglanya. Maksud aku, aku dah punya keluarga, asset dan etc. tapi klo aku tak mula dari sekarang, sempat ke aku nk kumpul asset aku dalam masa 7thn lagi dari sekarang? Wuuiisshhh…. Penat kepala otak aku dok pikir.Tu pasal semalam ms makan malam aku borak pasal perkara ni. Aku bagi cadangan kat ayah aku yang aku nak mulakan bisnes tapi kecil2an dulu. Dalam kepala otak aku ni asik pikirkan cendawan je sbb aku dah start buat skit2. itupon just buat kat umah. Kira aku ada la gak study pasal cendawan ni. Aku cakap ngan ayah aku yang aku nak buat bisnes cendawan. Benda ni sbnarnya dah lama aku nk buat tapi tbantut sbb aku blom pi kursus dia lagi. Aku dah cakap ngan ‘moksu’ aku kat kampong yang aku nk usahakan tanah pusaka atok aku yang kat ‘ayer paabas’ tu. Moksu aku dah tanam getah. So, aku nk amik skit space utk pacak rumah cendawan aku. Kat situ memang strategic sbb redup and sejuk. Sesuai utk bela cendawan. Cendawan memerlukan udara yang sejuk dan tak boleh kena matahari. Kena dduk kat kawasan yang lembab. Memang cantek ar. Tip top la tanah yang ada kat kampong aku tu. Ayah aku cakap dia bleh tolong aku dari segi modal tapi dia nk aku pi kursus dulu supaya aku tau apa langkah2 yang harus aku buat utk memperkembangkan tanaman aku tu. Pastu kebetulan mlm tadi aku main ‘sms’ ngan Azmeer. Borak punya borak baru aku teringat yang Azmeer ni kan kira orang kuat utk jabatan pertanian. Dia ramai member kat sana. So, aku pun tanya la dia psal kursus yang aku nk amik tu. Dia bleh tolong tapi yang tak bestnya dia kata kat aku yang usaha cendawan ni susah. Cendawan tak bleh kena asap la apa la. Dia dah kaji pasal cendawan ni. Kawan dia baru je pi kursus cendawan. So, mcmana ni?? Tetiba dia bagi cadangan yang lain. Dia ajak aku utk pi kursus utk bela ‘ikan keli’. Dia nk share ngan aku. Dia kata bela ikan keli lagi senang sbb dia just guna canvas je. Mkn plak mkn sayur kangkung.. Lebih kurang mcm tu la. Hati aku dah mula berubah dah. Mcm dah tmakan skit la pujukan dia. Aku tnya la ayah aku psal cadangan Azmeer. Ayah aku tak setuju!!! Dia kata ikan keli mudah busuk dan bangkainya tak bleh buang sesuka hati. Akan berlaku “ air pollution” & “ land pollution”. Huhu.. Aku dah serba salah. Bila aku cakap aku nk kongsi bisnes ngan Azmeer. Lagi la ayah aku marah sbb ayah aku memang pantang dah sekarang sebut perkataan ‘share’. Dia tak nak anak2 dia jadi mcm dia sbb ayah aku slalu kena tipu dengan share partner dia sndri. Dia nk aku sorang je usahakan bisnes tu. Kang bila orang tu buat keje lebih, dah keuntungan tu dibahagi dengan tak sama rata. Akan timbul perbalahan plak. Btol jugak cakap ayah aku. Tak nak aku gaduh ngan Azmeer. Cukup2 la aku dok hari2 gaduh ngan dia. Penat dah aku. Aduhh.. Berbelah bahagi dah hati aku ni. Bkn sbb apa. Nk kena jaga hati orang ni. Abis esk2 aku nk kongsi bisnes dengan laki aku pon tak boleh agaknya. Hmm… ehh.. Tu semua klo dah berjaya baru leh pikir.. Sekarang kena focus, focus and focus!! Aku cakap ngan Azmeer yang aku akan pi kursus ngan dia tapi aku tak cakap pon yang aku pilih yang mana. Dia suruh aku pikir dlu and pikir baik2 tapi hati aku berat kepada cendawan. Aku nk buat cendawan gak. Lagipon sepupu aku dah buat bisnes ikan keli tu la. Tak nak la aku tiru dia. Isshh… Takmo,takmo…Tengokla mcmana. Klo aku dah dpat idea, baru aku mulakan segala usaha aku… –THE END–

Hospital adalah terapi pemikiran….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 7:19 am on Saturday, November 29, 2008

Ini sambungan semalam. Kan aku ada cakap yang aku, Azmeer & Ramjee dapat pengalaman dan pengajaran masa kat hospital. Korang mesti nak tau kan?? Aku nak bawa korang ke satu alam yang luar dari reality yang sekarang. Bukan alam barzakh. Aku nk korang imagine je. Wujudkan alam korang sendiri. Imaginekan apa yang aku nk citer ni. Masa aku masuk je wad tu, satu yang aku perlu tempuhi ialah bau ubat. Korang taukan bau ubat mcmana?? Tapi bagi aku bau ubat tu sedap. So, aku tak punya masalah bab tu. Aku borak2 dengan Ramjee sambil tgk luka dia. Kemudian aku duduk di tepi katil sambil memandang sekeliling aku. Ramai betul orang yang masuk sini. Aku mcm rasa aku kini berada di markas pentempuran di medan perang. Dengan keadaan doctor yang kelam kabut blari tuk bg rawatan pada mereka yang nazak.. Eii.. takut aku. Mata aku meliar dan menikmati suasana dihadapanku sebaik mungkin.. aku diam tak berkata. Tapi hati aku dok mengomel dan berdecip2 mengatakan sesuatu. Apa yang aku nampak?? Dihadapan katil Ramjee ada seorang pakcik yang terlantar. Matanya terpejam dengan tenang. Disisinya aku terlihat seorang wanita yang setia menunggu suaminya yang tercinta tanpa rasa jemu terus berbakti kepada suami. Sungguh tabah wanita ini. Sedih btol aku tgk situasi mcm tu. Aku terus ckp dengan Azmeer, “ esok nak cari isteri, carilah yang bleh jaga ko masa ms ko sakit, masa ko susah. Bkn ms ko sehat & senang je dia setia berada disisi”… Dia mengangguk je. Macam orang takde perasaan. Menyampah..!! huhu… Tapi ms tgk keadaan tu, aku terpikir sesuatu. Aku rasa, hospital adalah terapi pemikiran yang baik buat pasangan yang ingin bercerai atau mempunyai masalah rumahtangga. Sekarang punya pasangan, bagi kaunseling banyak mana pon klo hati tu dah nekad, takkan baik gak. So, cubalah “diorang” dibawa ke hospital dan bagi dorang tgk keadaan seperti kisah pakcik & wanita yang tabah tu. Biar dorang berfikir. Tetiba Azmeer bsuara. “ ko pon cari lelaki yang bleh jaga ko jah!!”.. Ehh.. ingatkan hati batu mamat ni. Tapi aku angguk sbb aku pasti akan cuba cari yang terbaik. Cuma kita tak tau apa nasib kita dmasa hadapan. Aku harap, aku dapat yang sebaik2 umat. “ Aku akan cuba jadi mcm wanita tu poksu. Aku berjanji dan aku berdoa semoga Allah mbantu aku utk memelihara janji² aku.” Indahnya jika kita dapat jadi isteri yang terbaik buat sang suami.. ( pesananku: KEPADA KWN² YANG UDAH BERKAHWIN, UDAH BERTUNANG, BARU BPACARAN, BELOM ADA BOYPREN, SMOGA KITA DAPAT M’JADI WANITA YANG MULIA DAN BERDARJAT TGGI DI MATA ALLAH S.W.T) aminnnn………

hospital…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 2:18 am on Saturday, November 29, 2008

Semalam aku ngan azmeer buat plan utk pi hospital. Nak melawat Ramjee. Ingat nk bawak Tek & store’s members. Tetiba Tek call aku yang Ramjee akan kuar hospital dalam kul 2pm. So, plan aku berubah. Aku kena pi hospital bukan untuk melawat Ramjee tapi utk ambil dia bawa pulang. Kak Nik bg RM150 utk jelaskan bil² perubatan dia kat wad selama dua hari dia admitted kat sana. So, aku pi dengan azmeer je. Tek tak ikut sbb takut nanti balik lambat. Takde orang nk settlekan ‘delivery’ barang nnt. Aku bertolak dalam kul 1.00pm. Sampai hospital dalam kul 1.30pm. Aku naik tingkat 8B utk wad lelaki. Mata ni dok rakus melilau nak cari Ramjee.. Akhirnya aku jumpa gak Ramjee. Si Azmeer dah terlajak ke depan dah.. Mana taknya, memang kitorang tak cam muka dia. Bengkak habis seh.. “Oh my God..!! What happen with your eyes Ramjee??”…. Mata dia berdarah kat dalam. Masa aku rawat dia aritu xde pon bengkak mcm tu. Tp now, bengkak mcm ‘flower hone’. Sian ramjee. Kitorang lepak jap sementara nk tunggu kul 2pm sbb nurse tu kata dia kuar kul 2pm. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kitorang tak dapat kuar2 lagi sbb nurse tu blom siapkan report dia lagi. Brapa jam kitorg stay kat sana. Bayangkan.. kul 3pm baru kitorang bleh blah dari situ. Auntie yang katil sebelah Ranjee tu pon nk kuar gak tp dia lagi kesian. Nurse tu kata laki dia bleh kuar kul 10am. Last2 dia kuar sama ngan kitorang. Dia pi serang nurse tu. Gaduh seh.. Nurse tu bagi alasan yang dia banyak keje. Ramai yang keluar wad arini. So, banyak report yang dia nk buat. Hampehh.. Government mmg mcm tu.. Opppss…I tak nak digam.. sorry.. Lepas tu nak kena tunggu ubat pulak. Satu jam dowh… Punya la ramai orang.. Tuhan saja yang tau. Ms aku nk bayar bill tu, punyalah tkejut berok aku bila ‘abg’ tu kata billnya adalah sebanyak RM295. What??? Kak Nik just bagi aku RM150. Mana aku nk congkel ni? Nasib baiklah Azmeer ada RM100dalam tangan tp masih tak cukup. Kat tangan aku hanya ada RM10!!! Giler.. Macamana ni?? Huhu.. Azmer ajak aku pi ‘auto tailor machine’. Azmer kata guna duit dia dlu. Jap lagi dia try tuk kuarkan duit dia. Popp!!! Tak bleh guna plak machine ni. %$#@# tol laa.. Ya Allah! Slamatkanlah kami. Aku try plak aku punya kad. Alhamdullillah.. dapat gak kuar. Mamat sorang ni tak puas hati sbb napa aku punya leh kuar… try for the second time baru leh kuar. Main2 la mesen ni. Rasa mcm nk hentak je. Dah settle smua baru la balik opis balik. Tapikan, ada hikmahnya kitorg dapat pengajaran ms pi hospital tu. Klo anda nak tahu apa pengajaran yang aku, Azmeer & Ramjee dapat dari pengalaman kat hospital tu, tunggu next episode… aku dah ngantok ni. Nak tido…. –THE END–

antoo fighter..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 2:49 pm on Friday, November 28, 2008

Antoo fighter.. Antoo fighter.. Antoo fighterrrrrrr…………… ‘CGI MOVIE’ yang paling best I ever seen. Syok wehh..!! Klakar tahap gaban tu wa ckp luu… Apa yang aku leh comment adalah… wa salute dengan geng² yang buat movie ni. Memang standart ‘ong puteh’ ar. Memang otak yang reka citer ni memang bgeliga.. bleh wat batu cincin… aku suggest u all pi la tengok citer ni. Tak rugi sehh.. Aku bagi “FIVE STARS”.. Tapikan ada yang lagi best tau. Nak tau apa?? Meh sini aku citer. Korang bayangkanlah.. Aku ngan partner aku leh ketawa sampai hentak2 kaki, smpai rasa nk tkencing dlm sluar pon ada. Bleh plak ‘brader’ yang dok sblah kitorang ni tak ketawa. Mcm takde perasaan seh… itu yang dok sblah kiri kitorg. Ni ada lagi sorang. Budak lagi.. korang apa dia buat?? Dia just ketawa ms “scene” pak guntur showkan keta utk antoo fighter. Tu je!! Memang budak and bapak budak takde perasaan. (Amaran keras: BAGI SESIAPA YANG TAK PUNYA PERASAAN, TOLONG JANGAN NAK MENYIBOK NK NONTON CITER NI. BUANG KAREN JE!!!!) –THE END–

ramjee

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:18 am on Thursday, November 27, 2008

Ramjee… Teman seperjuangan aku dalam mencari rezeki untuk meneruskan kancah kehidupan yang kian berombak, yang adakalanya tenang dan adakalanya kencangdibelah taufan. Rumit sungguh kehidupan ni kan kawan2? Ramjee seorang jejaka yang berasal dari Nepal. Terpaksa meninggalkan tanah air & keluarga tercinta dengan merantau ke Negara orang utk mencari rezeki yang lebih lumayan berbanding di negaranya. Korang tau kan taraf hidup kat Negara Nepal tu kureng skit. Stakat nk mkn tu tak kesah la jugak sbb dorang memag hidup sbgai petani tp tak kaya. Memang majority ‘foreign worker’ kat kilang aku tu smuanya ada asset mcm tanah pusaka. Ada yang smpai 10 ekar pon ada tapi yang sedihnya, mereka tetap tak kaya sbb dorang tak memandang dari segi pertanian mahupon perladangan. Tak mcm kita kat Malaysia yang tcinta ini. Mewah giler la klo kita bcucuk tanam. Mcm aku la.. ada ladang cendawan. Walaupon just sebesar reban ayam, tapi kira masyuk jugak beb klo nk dkira2. apatah lagi klo ada 10 ekar.. Pehh.. Memang aku goyang kaki ar.. Pastu cari calon suami tuk tambahkan lagi asset aku. Ok tak?? Hehehe.. aku ni ntah la. Aku rapat ngan bdk2 nepal, bangla… smua la aku rapat. Memang korang pikir klo kwn dengan orang asing ni kena hati2 tp terus terang aku ckp, dorang baik klo kita baik ngan dorang. Dorang punya setia yang sanggup buat apa sj pada majikan dorang klo majikan dorang menjaga kebajikan mereka. Smlm ramjee jatuh. Muka dia tkoyak sbb tkena ‘wooden box’. Kesian. Tuhan tu memang nk aku Bantu dia. Mula2 Azmer call aku. Dia ckp ada emergency. Aku p0n kelam kabut ar turun store. Skali aku tgk muka ramjee dah bdarah2. apa lagi.. Aku pon mula la nk mngingat apa yang aku penah blaja dulu. Nk bersihkan darah, balut tu balut ni. Tapi muka dia tak kena jahit la sbb tak sampai 1cm lagi kedalaman lukanya. Aku bgtau mr.Siow. tapi yang malangnya, dia turun selepas 1 jam kemudian. Orang dah hantar dia pi klinik baru dia nk sampai. Hampeh..!! Lepas tu dia punya excited citer kat kak nik mcm dia lak nmpak luka si Ramjee tu. Isshh… Nyampah!! Arini Azmer & deb raj antar Ramjee pi hospital. Kena ‘admited’ siot.. suspek ada keretakan di otak ataupon tumor. Aku doa sangat yang dia akan cepat sembuh. Esk aku ngan Azmer rancang nk bw Tek,Najibullah dgn Auntie tuk pi hospital. Nk melawat Ramjee.. “Ramjeeeeeee….. Cepat sembuh yaa.. Cepat sihat.. Jangan sakit k? Kita bleh OT sama lagi..” —THE END—

tindik…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 7:49 am on Tuesday, November 25, 2008

Korang tau maknanya ‘tindik’? Tindik tu satu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan melubangkan kulit hingga ke isi dibadan tak kira la kulit kat mana skali pon. Contohnya mcm kat telinga. Tu contoh yang biasa je. Memang dari zaman dlu lagi orang tindik kat telinga. Itu btujuan utk memakai barang perhiasan wanita bg wanita. Wehh.. bkn perhiasan rumah haa. Takkan korang nk sangkut lampu tido kat telinga plak kan?? Haha… ( aku tau lawak aku tak jadi). Sambung balik.. tapi skrang ni dah trend budak laki tindik mcm pompuan. Melambak.. klo nak ikutkan zaman kita sekarang ni tahun 2008, remaja2, pakcik2 makcik bkn shja tindik kat telinga. Sekarang dah advance seh.. ada yang tindik kat tempat yang tak sepatutnya. Tindik kat keningla. Kat tepi bibirla.. Yang kat lidah pon ada. Eii.. Dorang tak takut ke klo tengah mkn tetiba tak perasaan? Terus masuk dalam perot. Klo berak kuar subang tu takpe ar. Tapi klo tak kuar cmner? Kang ada yang mati tak aman kang. Dah mcm pakai susuk plak. Tapi kali ni guna susuk yang tanpa disedari. Kat pusat mcmana plak gayanya?? Urrmm… tak terkencing ke ms dorang tindik tu huh?? Eeii.. mcm seram kan?? Haaa.. Ni lagi tragis. Ada tindik kat tempat yang paling……………. Alaaa.. kat %#^%@$#.. Sendiri paham la haa… klo kat telinga plak ada yang tindik sampai atas. Sampai ada 7 lubang tu… pehh.. Mewah.. hmm…contoh yang paling terdekat adalah AKUsendiri. Sebenarnya aku baru tindik kat telinga. Aku tmbah lagi 2 kat blah atas. Kira tindik aku ada 4 la skrg. Saaaakitttt………. Huwaa.. aku sebenarnya terikut2 sangat ngan style ELYANA. Yang berlakon citer RENJIS tu. Mcm best je dia tindik byk2. Lawa seh. Berkenan tol aku tgk. Aku pon tindiklah. Tapi the problem is.. napa aku tak cantik mcm elyana?? Huhu..takpela.. tak dpat cantik mcm elyana, cantik mcm erfiza pon takpe kan kan kan?? Erfiza cantik tau. Isshh.. aku memang admire ngan dia ni. Memang klo korang tanya kat budak2 NEPAL, msti dorang stuju apa yang aku ckp ni. Hehe.. Sakit??? Sakit jgn korang ckp la. Aku harap tindik ni cepat sembuh. Aku harap dia tak menanah. Ibu aku suruh aku pakai minyak kelapa yang dah dgoreng dengan ikan. Kira minyak kelapa+ikan la. Cepat elok katanya tapi aku tak nak buat sbb kang tak pasal2 aku bangun takde telinga plak. Yela.. Letak minyak ikan. Mesti “ CIK SITI++” suka kan?? Kang aku tengah tido, dia ngap plak aku punya telinga. Langsung hilang aku punya tindik. Hahaha.. ( pesanan penaja: SILA JANGAN TIRU GAYA AKU!!) Sekian –THE END–

jodoh…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:06 am on Monday, November 24, 2008

Huhh.. jodoh?? …… Woww..!!Seronokkan bila bicara tentang jodoh. Mcm2 kita angankan klo bab jodoh ni. Nk jodoh muka mcm ni laa… Nak jodoh orang kaya laa.. Nak dijodohkan dengan seorang petani laa.. Mcm2. Memang manusia tak penah lari dengan angan2 dan keinginan naluri dari hati nurani. Tak salah apa klo kita berangan sampai langit ke-7. Cuma kita harus cecahkan skit kaki kita di bumi yang nyata supaya kita sentiasa beringat bahwa ‘matahari tidak semestinya setia memancarkan cahayanya yang panas membara sehingga ke petang. Adakalanya air sang hujan meronta2 ingin menyirami bumi’. Ingat tu..!! Jodoh.. Jodoh.. Jodoh.. Banyak spekulasi tentang jodoh ni. Bagi aku, JODOH ni adalah satu perkara yang berat utk aku pikul dan mengharunginya. Mungkin kalian mudah utk mencari jodoh tapi bukan aku. Aku memang liat habis la nk dapat jodoh ni. Memang susah nk melekat. Entahla.. Biarla aku cerita satu persatu. Terus terang aku katakan, aku memang seorang perempuan yang ‘hightaste’. Bukan aku punya niat yang tak baik atau cerewet dalam memilih pasangan. Tapi jika anda sedari, zaman di alaf “Y2K” ini penuh dengan pancaloba yang global. Yang sentiasa menginginkan persaingan dalam kehidupan manusia sejagat. Korang paham tak maksud aku?? Maksudnya, kita sebagai manusia harus bersaing utk mendapatkan kehidupan yang sempurna. Aku mengaku yang aku menginginkan seorang lelaki yang mempunyai pegangan hidup yang terjamin baik dari segi rohani mahupun jasmaninya. Samada harta dunia mahupun harta di akhirat. Biarlah orang kata aku ni ‘materialistik’. Aku tak kesah. Suka hati aku la. Ni kehidupan aku. Aku banyak memikirkan tentang smua ni bila melihat dunia zaman sekarang ni. Alaa.. Kat TV pon dah banyak tunjuk bab2 ni. Zaman dulu boleh la kita kata yang kasih sayang itu adalah segalanya. Tapi zaman sekarang?? Mengikut kajian ‘mahkamah syariah’ di Malaysia ini, kebanyakkan pasangan yang bercerai itu berpunca dari masalah kewangan rumahtangga. Bagaimana tu?? Yela.. Korang pikir la sendiri. Macamana nak bagi fmily kita mkn klo kita tak punya pendapatan yang tetap?? Bukan niat utk merendahkan sesetengah pihak. Maafkan aku jika menyinggung perasaan anda. Aku minta maaf. Urrmm… aku nk citer gak sb ni blog aku kan?? Maaf ya kalian smua. Aku ngaku deh aku jahat. Ampun.. sambung balik. Aku agak sedih bila melihat seorang ibu begitu setia mengendongkan anak kesayangan sambil membonceng motosikal yang dipandu oleh suami yang tercinta. Cuba anda bayangkan dalam keadaan hujan, kita terpaksa tempuhinya utk menghantar anak kita ke klinik. Sedihkan?? Sungguh besarpengorbanan ibubapa utk anak2nya. Aku tak bleh tgk keadaan mcm tu. Aku berdoa pada-Nya Yang Maha Esa. Jauhilah aku dari keadaan sedemikian. Aku berdoa supaya aku sama teman2 yang lain dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Klo diizinkan Tuhan, aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna kerana aku bukan la wanita yang solehah. Jika seorang lelaki itu sanggup utk mengubah aku daripada ‘erfiza yang sekarang’ dan berubah menjadi ‘erfiza yang kemudian’, aku sanggup terimanya sebagai calon suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai harta kebendaan kerana aku tidak punya apa2 aset yang boleh dikongsi bersama. Aku ingin bertemu dengan lelaki yang mempunyai harta dunia yang sungguh sempurna (yakni keluarganya) kerana aku ingin mengembangkan silaturahim diantara kedua-dua belah pihak daripada family aku dan suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang mempunyai kasih sayang yang begitu menggunung terhadap aku kerana aku mempunyai kasih sayang sebesar alam semesta utk dicurahkan buat bakal suamiku. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang sentiasa ingin meminjamkan bahunya utk aku kerana aku adalah perempuan yang mudah menangis. Bila aku nangis, dia sudi meminjamkan bahunya utk mententeramkan perasaan aku. Aku ingin bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan dari golongan pemarah dan panas baran kerana aku seorang perempuan yang suka melawan. Aku ingin bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang boleh melakukan apa saja demi aku kerana aku adalah seorang perempuan yang sanggup melakukan apa saja demi lelaki yang aku cintai. Hmmmmmmmmmm…. Aku hanya mahu satu perkara lagi. Aku harap aku dijauhi dari perkara2 yang boleh mengguris perasaan aku sbg wanita iaitu POLIGAMI. Aku tidak mahu sama sekali bakal suami aku itu berpoligami. Memang tidak dinafikan bahawa poligami itu adalah hak sang suami. Tapi aku tidak boleh menerimanya kerana aku bakal menambahkan dosa yang sedia ada. Ini kerana timbulnya perasaan cemburu. Bila timbulnya perasaan cemburu, aku akan mula memikirkan perkara2 yang tidak baik. Kan tak baik untuk sesuatu perhubungan. Aku hanya akan menerimanya jika aku dididik dengan ilmu agama yang kuat serta persiapan mental. Ahhhh… Apapun aku tetap tak boleh trima. Maafkan aku jika aku bsikap tamak utk menakluki seseorang itu.. Kalian pasti tahu sikap aku kan??? Huhu… –THE END–

perkahwinan kak nini

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:58 am on Saturday, November 22, 2008

Kahwin?? Hmmm… Semua orang mengimpikan satu perkahwinan yang yang sempurna. Bkn dari segi segala persiapan, malah menginginkan ikatan perkahwinan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Tanggal 22 November 2008 adalah majlis persandingan diantara kak Ninie & abg Hasrul, ex-officemate aku ms keja kat ‘seagull’ dlu. Bkn majlis utk dia je tapi utk adik2 dia skali. Sekali 3 pasangan. Baguskan?? Save budget. Tapi wa ckp memang meriah beb majlis tu. Ramai giler orang datang. Bayangkan khemah mkn punya la panjang smpai konker 1 jln nk masuk umah dia tu. Tapi terus terang aku ckpla, aku nak majlis perkahwinan aku mcm kak Ninie punya majlis. Segalanya tersusun. Dorang guna catering. Jadi mudah la utk kitorang amik makanan. Aku jarangla tgk sesuatu majlis tu, airnya sentiasa ada dlm jug. Kadang2 kita sbagai tetamu plak yang nk kena mintak. Dia punya penanggah sentiasa peka. Klo air minuman dah tinggal skit, terus dorang ganti yang baru. Klo air pencuci tangan tu sentiasa diganti dengan air yang bersih. Kitorang sebagai tetamu memang selesa. Susunan makanan pun kemas. Mudah utk ‘self service’. Klo utk mkanan berat spt nasi minyak & lauk pauk dihidangkan disebelah kanan. Utk buah2an atau manisan diletakkan disebelah kiri.Makanan memang tip top!! Sebagai ‘DUTA MAKANAN’, aku bagi markah 95%. Lauk dia lain daripada yang lain. Daging masak lada hitam la,ntah apa ntah lagi. Aku tak tahu la nama lauk tu. Hehehe.. Sori. Manisan dia plak dia buat bubur pulut hitam. Pehh..sedap tu. Aku jarang nk mkn benda2 mcm ni. Tak brapa minat tp tadi bila aku rasa je bubur tu, aku tak bleh nk benti plak hirup bubur tu. Yang sedapnya, bubur tu tak brapa manis, tak brapa tawar. Sesedap rasalah… Yang paling gempak apa tau.. Dia ada buat rojak buah.. Fuhh… Dah lama aku mengidam benda tu beb!! Apa lagi.. Aku amik mangga & jambu banyak2. naik nyilu la gak gigi aku ni dok mkn benda tu. Slluurrrppp… sedapnya!! Meleleh haliur gua beb.. Point yang paling penting bg aku adalah kak Ninie tak lupa bg aku bunga telur. Sekarang punya perkahwinan memang jarang la nk tgk bunga telur dah. Smuanya asik bagi gula2, keropok, benda2 yang selain bunga telur la. Kak Ninie masih lagi mengekalkan adat perkahwinan zmn 90-an. Tu yang best tue.. Ehh.. bagi aku dia punya majlis memang complete la.. Aku harap dan berdoa aku akan dpt mcm tu jugak. Tapi………………………. Siapakah calon yang paling sesuai?? Haaa.. AQASHA… Aminnnn Ya Robbul-Alamin!!!!

Mc flurry mc’d…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 1:01 am on Saturday, November 22, 2008

Haii..perot ni meragam lagi. Bkn lapar or apa tapi meragam nak mkn mc flurry yg baru tu. Alaa… ‘Milo nugget’ punya flavour. Tekak aku ni teringin giler. Kalah orang mengandung nih. Hehehe.. Tadi ms time lunch kak nik tnya ngan kitorang smada kitorang nk mkn MC’D or not. Aku la orang yang paling laju skali nak order. Apa lagi??!! Mestila aku nak benda yang aku dah lama mengidam tu. Aku setia menunggu dekat satu jam. Tunggu punya tungu punya tunggu, orang MC’D pun sampai. Nak tau apa yang jadi? Aku punya ‘mc flurry’ takde sbb tak order. Salah aku jugak sbb aku tak tulis. Mungkin excited sangat smpai terlupa nk tulis apa yang aku nak. Aku sibok dok tulis orang lain punya. Aku nip on dah jadi kes mcm ‘NABIL’ plak. Korang tau kisah pasal nabil?? Nabil raja lawak tu…. Kisah dia masa skola. Dia dlu ketua darjah. Memang keje dia hari2 amik record kedatangan murid2. yela.. Klo dah jadi ketua darjah tu, memang confirm la kena tolong cikgu punya. Dia pon amik la record dengan perasaan gembiranya. Tiap2 hari. Tetiba selang beberapa bulan tu, pihak skola telah memanggil parent Nabil ni tuk datang ke skola. Nabil dikatakan ada kes ponteng skola. Apa lagi.. Parent dia mengamuk sakan la. Dorang pelik sbb ari2 nabil pi skola tp napa pihak skola bleh katakan yang nabil tak hadir ke skola setiap hari slama 3 bln. Siasat punya siasat, baru la cikgu Nabil tau apa puncanya. Puncanya dari Nabil sendri. Dia ‘tick’ nama orang lain tapi nama dia, dia lupa nk tanda. Kan ke bengong namanya??!! Hahahah… semenjak kes tu, nama Nabil digugurkan daripada menjadi ketua darjah. Sian dia sbb kena turun pangkat. Tu la kisahnya.. sambung balik kes aku. Psl mc flurry tu… aku agak terkilan la gak sbb tak dpt nk mkn. Padahal aku dah berangan2 dah rasa ‘milo nugget’ tu. Hmm… Sedih bukan kepalang.Sedih tak dpt nk bendung.. Aku tau.. Ni mesti daulat Azmer sbb aku tak orderkan utk dia. Ahhh… Salah dia jugak. Kata nk kuar mkn ngan aku. Last2 cancel sbb dia kena balik umah. Azmer suruh aku order skali lagi. Order mc flurry skali dengan dia punya order. Malas la aku. Stakat dua orang yang nk mkn. Msti MC’D tak layan. Lain kali je la poksu ko blanja aku..heheh… Sebenarnya memang dia akan blanja aku punya. Tak penah plak aku kuar duit klo pi mkn. Nasib baikla ko poksu aku. .. Haii…… Aku pun nak cari pacar gaya gitula.. senang hidup aku. Nak apa smua dapat. (“ Anje nak mkn apa?”…….. “Anje nak mkn tiram kat hotel la kanda”……… “Ok. Sekarang jugak kanda bawa anje.”…. “Apa?? Anje nak bli baju ni? Anje nak beli kasut yang warna putih tu? Anje nk bli beg yang rm500 tu? Ok.. Nah.. amik kad credit ni. Kanda buat kad ni khas utk Anje. No limit..!!” )—( perbualan antara aku dengan boyfriend aku).. Wahh..seperti hidup di syurga. Tapi aku tak nak jadi mcm tu. Nanti aku yang akan susah. Satu, perbualan mcm tu tadi berkemungkinan aku dpt boyfriend yg bleh digelar ‘sugar daddy’. Kedua, aku takkan kekal lama dengan BF aku tu. Ketiga, aku akan lupa diri. Yang paling akhir, ada ke orang yang mcm tu nak aku?? Tu yang penting.. soalan yang paling tepat. Hahahahaha……….. sengal..!! dah la.. —THE END—

selamatkan jiwaku……

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 9:42 am on Tuesday, November 18, 2008

Hai kawan2…  Aku punya satu cerita kok. Ni kira mslah besar jugakla bg aku. Masalah ni timbul kat opis aku. Ada sorang mamat ni dikenali sebagai POY. Dia ni bleh dikatakan suka bangat sama aku. (bukan niat tuk perasan ok.. heheh). Mula2 kes ni dia main2 msg ngan aku. Aku tak kenal no tu pd mulanya. Jap lagi aku tnya NAZRE kawan satu bilik ngan dia. Last2 nazre mengaku yang dia ada bg no.hp aku kat poy. Aku memang mengamuk sakan ar kat ASSEMBLY time tu. Bila nazre minta maaf kira aku cair la.. Dimaafkan. Nak dijadikan cerita, si poy ni hari2 msg aku. Korang bayangkan……… Dia bg aku msg. Blom sempat aku nk bls, dia dah bg lagi. Bagi smpai 3-4 msg. Bila aku tak balas, mcm2 dia ckp. Aku mls nk taip apa yg dia ckp kat aku. Pastu lama2 makin melampau lak. Mula2 tnya pasal mkn, pastu saiz kasut, pastu warna kesukaan pastu.. Eh, byk lagi.  Bila aku tak balas, dia kata “ okla er. Poy takkan ganggu er lagi.” Wahh… aku memang rasa lega giler  time dia ckp cmtu. Tp yang menyedihkan, rupa2nya dia tak nak ganggu aku hanya utk 5 minit je. Dia terus msg, msg n msg. aku terpaksa balas demi menjaga hatinya. Tapi lama2 aku tak tahan. Bila pikir balik, aku tak patut buat mcm tu. Nanti dia akan rasa aku bg harapan kat dia plak. So, aku amik kputusan utk minta ptolongan nazre lagi skali. Takde org lain tuk tolong aku lagi. Aku minta tlg melalui msg.  Aku msg nazre n aku citer smuanya. Tup tup nazre bg poy baca msg tu. Ya Allah.. Pening  kepala aku..!! Dah tersilap langkah. Tapi ary dah cuba tuk tlg aku. Aku trima.  Nazre cuba tuk nasihatkan kat poy psl ni. Tp poy tak paham. Dan2 mlm ni kisah psl msg tu timbul balik. Poy bleh ckp smpai hati aku buat dia mcm tu. Aku itu la, aku inila. Dia salahkan aku kecikkan hati dia. Hehhh!!! Aku dipersalahkan??? Main kasarla mamat ni. Dia ugut aku. Tu yang buat aku takut. Dia kata “er nk tgk ke poy jadi orang tak betol??’ … Dalam kepala otak aku dah pikir mcm2. Aku risau dia akan apa2kan aku or nazre sbb kitorg mmg tmasuk dlm ‘list’ dia. Aduhh… Buatnya datang giler dia mcmana?? Yang paling menakutkan aku, mlm ni dia bg aku msg dlm 10-20 msg hnya utk mintak maaf. Aku tak balas sat upon. Dah la aku tgh sakit gusi. Gusi aku tumbuh bisul plak. Bkn tu je. Kepala aku dah la sakit sbb aku baru tindik telinga aku…  huhuhu.. Dia kata dia bleh melutut depan aku tuk mintak maaf. Dia byk kali mention “ er jgn buat poy tekanan jiwa”. Byk kali u alls… takut aku.. korang ada idea tak??? Tolong gue dong.. klo ada idea tuk selesaikan mslh aku ni, tlg bg komen anda di bloh aku ni “ duniaanje.blog.frienster”.. kawan2, slamatkan jiwa aku…

tadika wehh…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 12:48 am on Friday, November 14, 2008

Sapa yang kenal ‘Sharifah Erfiza Elaika Bt. Syed Othman Al-Zabaa’ angkat kaki?? Hehehe…. Dah lama aku rasa tak update blog. Walaupon baru brapa hari jet p terasa lama bangat. Bkn aku tak nak update, tapi jari jemari aku tak mampu nk menaip secara laju sbb kekurangan tenaga dlm bdn. Korang tau kan aku diet?! Sbb tu la aku agak slow skit.Seksa siot… nasib baik aku tak mengandung.. Klo mengandung, mesti anak aku ‘mengences’ punya. Hehehe… Oooo.. lupa lak. Tadi tu bkn sesi pengenalan ya. Sbnarnya aku nk citer something ni. Td opis aku ada ‘training for ISO14000’. Dlm kul 1.00pm, we all take a break for lunch. Time tu aku mkn kat QA ngan kak zana, kak liza & miza meon.Time tu ntah mcmana tkuar citer pasal time2 skola. Time2 nakal la. Haa… Ini yang aku nk citer. Time paling nakal adalah ms tadika & darjah dua. Aku citer psl tadika dulu ya.. Ms tu aku tgh main “playdoh”. Alaa.. tu nama glamour time skrg.. Kira dlu2 panggil tanah liat ar.. yang color2 tu. Aku dok syok main. Budak2 la katakana. Mcm² idea yang dkluarkan dan merealisasikan apa yang aku imagine dengan guna tanah liat tu. Aku bikin itik tak silap aku.. Baik punyaaa… jap lagi ada bdk cina lalu & bleh pulak tak perasan hasil titik peluh aku tu lalu DIPIJAKNYA!!!!… Kacang hantu punya budak. Korang nk tau.. aku ni memang dari dulu suka cari pasal dgn orang yang cari pasal ngan aku.. Kira ‘taiko’ arr.. Pehh.. Dah la pijak, wat muka tak bsalah lak tu. Apa lagi.. Aku cuma tunggu peluang je beb nk kenakan budak cina malaun tu. Dia bleh parking duduk sblah aku. Apa lagi men.. Aku rembat member sblah punya pensil 2B and………………. Dengan sekuat hatinya aku cucuk lutut dia dengan pensil tu. Tapi lagi malang budak tu bila ubat pensil tu patah & tertinggal dlmkepala lutut dia. Menjerit dia. Sian. Tp apa pon aku puas hati dpt sakitkan skit badan dia spt mana dia sakitkan hati aku yang penat2 lenyek tanah liat tu smpai dpt bentuk itik. Klo HOTFM buat HOTCHAT utk mintak maaf sama org, aku pingin mintak maaf sgt sama budak cina tu. “Sorry ar beb.. wa tala ingat sama lu punya nama. Wa nk mintak maap sama lu ya.Apa pon, lu memang patut kena tikam sama wa sbb lu punya mulot bau juga ada.. lu memang busok!!”…hahahah.. Ehhhh… dah kul 12.42am ar. Aku nk tido.. Esk nk keje. Tp semangat aku dah hilang la nk dtg keje. Aku asik mengular je. Yang penting, aku tak nak msuk ‘assembly’ lagi. Bosan!!!! Aku rimas nk melayan $#@%#… Sedih tol.. memang tragis ar klo aku nk citer. Tak sggup aku.. aku tak nak jd bahan ketawa tuk korang.. Citer tuk ‘darjah dua’ nnt aku sambung next episode.. Titeng mau titun sama totong!!.. Daa.. –THE END–

maafkan bonda wahai anakku..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:17 pm on Monday, November 10, 2008

Pehhh.. aku dah bjaya wehh tuk tak mkn nsi. Wpon bru 1 hari, aku dh rasa mcm bjaya sgt. Apa la aku ni kan?? Bru satu ari. Blom lagi 1 bln. Itu pon mr.. Ang dah kata muka aku nmpak tajam skit. Memang kero la mata ong tua tu.. Hehehe…Apasal la aku hari ni. Aku sedih seh.. Korang tau. Teman baikku yang berasal dari Nepal nak balik ke negaranya. Takkan kembali ke sini lagi. Sedih giler wehh.. Aku tak leh nk tahan air mataku ini. Korang bayangkan laa.. Aku takkan dapat jumpa dia lagi melainkan klo destinasi ‘bulan madu’ aku kat Nepal baru aku dpt jumpa dia. Huhuh.. Lagi satu, aku agak sedih dengan apa yg blaku pada ‘anak’ aku. Aku tau korang msti tak paham kan?? Korang tak yah la paham. Ni blog aku. Aku tetap nk bgtau skit2. Aku tak bleh nk selamatkan dia. Aku benar2 sedih. “Maafkan bonda wahai anakku. Bonda akan sentiasa doakan yang tbaik buatmu. Bonda akan sentiasa akan memerhatikanmu dari jauh. Bonda akan sentiasa mengawasi kamu. Jgn risau ya? ”.. ( Kisah TELENOVELA ini akan bersambung ) –THE END–

diet punya pasal…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:28 pm on Sunday, November 9, 2008

Arini adalah ari bermulanya aku berdiet. Menu aku adalah roti 2 keping ngan skyjuice utk breakfast, roti 2 keping ngan milo 0 panas tuk tghari, buah lai ngan skyjuice utk mlm. Peehh.. Kopak gak ar perot aku ni. Mcm2 lagu ada beb. Korang ckp jela nk rentak apa, smua ada. Tp demi nk pi johor ngan audition punya pasal, aku sanggup blapar. Nk pi Langkawi lagi. Alaa.. Hanya utk sbln. Turun 10kg pon takpe bak kata Ain. Tp aku takutla aku ni just diet utk smiggu. Lagi tragis klo just tuk arini je. Huhuhu… Aku kena kuat. Aku dah target dah sbb aku ada nmpak 1 baju tu kat JJasco.Fesyen dia ala2 korean gitu. Aku muat tuk pakai tp nmpak agak kurang sopan plak bila pakai. Nk tau napa?? Sbb ketat seh. Mcm nangka kena bungkus.Klo kue=rus skit msti cantikkan?Atlease perot tu cover ar skit. Seksi gak baju tu tp funky. Seksi pon bkn apa.. just dia byk lobang2, koyak2. nk kena pakai bju lengan panjang yg color hitam ar kat dlm. Amcm?? Mesti gempakkan?? Haii…. Umur dah tua baru nk merasa pakai yg ‘funky2’. Giler btol.. Tapi tu memang fesyen aku. Korang tgk sndrila.. mana penah aku pakai ‘handbeg’ yang kepit kat ketiak tu.. Korang penah tgk?? Kadang2 jeles gak aku tgk mmbr seangkatan ngan aku pakai mcm ladies tp aku tak bleh ar. Blom tbukak lagi hati aku tuk pakai smua tu.. Pi opis pon pkai bju yg pelik2. Tapi pelik mcmana pon, aku tetap kena kutuk ngan ‘SIOW’ my boss. Elehh… Klo suka kat aku ckp jela.. Hahahaha…–THE END–

kurus (part II)

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 7:18 pm on Sunday, November 9, 2008

Korang ingat tak aku penah cakap psl apa yang aku nk buat klo aku dah kurus? Alaa.. Kan aku ada berniat yang tak baik klo aku kurus nanti. Sbnarnya aku ada pasang niat yang tak baik. Bknla benda yang tak baik sgt pon. Korang jangan la pikIr perkara2 yang tak baik or benda2 criminal yang bleh ubah pandangan baik korang terhadap aku. Mcm ni…. Sebenarnya aku pasang niat. Klo aku dah kurus, aku nk jumpa ngan orang yang penah kutuk aku dulu especially ‘lelaki’. Bukan utk bals dendam tp just utk tunjukkan bahawa perempuan yang dlunya ‘gemok’ rupa2nya dia adalah seorang perempuan yang cantik mcm gadis2 yang dorang idam2kan. Aku tak boleh la nk bgtau nama ‘orang’ yang aku nk jumpa tu. Tu adalah rahsia aku. BIARLAH RAHSIA. Sorang pon takkan tau walaupon ada diantara korang merupakan teman, sahabat yang paling rapat dengan aku. Aku nk tunjukkan pada mereka yang pernah reject aku kerana aku GEMOK!!. Siap la korang. Actually benda ni tak la buat aku tension tp kadang2 aku rasa geram dan pelik ngan ‘mereka2’ ni. Mereka memandang pada kecantikkan luaran berbanding kecantikkan dalaman yang seharusnya dorang selami. Klo nak diikutkan, aku pon mcm dorang jugak. Yela.. Suka pada kecantikkan tp terus terang aku katakan, memang depan korang teman2ku aku slalu kata aku nk yang hensem, yang highclass sedangkan aku ni macam la bagus sgt kan?? Tapi sebenarnya bila aku dah suka pada “org” tu, aku takkan pandang semua tu. Klo hati tu dah baik, semua benda yang remeh temeh tu dibuang ketepi beb.. selagi aku masih waras, aku akan pegang prinsip aku. Dengar ‘lirik hatiku’ ini bagi mereka2 di luar sana.Bagi lelaki2 yang ganteng di alam nyata ini, bagi mereka yang pandai MENJAGA HATI,sentiasa mengalunkan AYAT-AYAT CINTA,menjadi MATAHARI yang sentiasa menyinarkan harian ku walaupon ketika hati redup dan mendung, yang sanggup menjadi LASKAR CINTA utk mempertahankan hubungan aku dgnnya. Mungkin dia bukan DEALOVA tetapi dia mungkin lebih hebat daripada DOKTER CINTA. Ya Allah, PADAMU AKU BERSUJUD. Aku tak mahu cakap ‘CINTA INI MEMBUNUHKU’. Lindungi la aku ya? Kalau dapat lelaki NAKALpon ok gak kan? Biarlah aku dapat CINTA YANG SEMPURNA. Tiada yang mustahil klo satu hari nanti aku JATUH CINTA LAGI. Dengarlah wahai lelaki2 diluar sana. Dengarlah PERMINTAAN HATI aku ni. Penuhkanlah setiap RUANG RINDU.Bagi bekas2 ex-bf aku, dengarlah.Kalian semua mungkin KETAHUAN. Mungkin korang rasa aku lah bakal permaisuri hati korang TAPI BUKAN AKU.Mungkin korang PENCINTA WANITA dan sebab tu aku reject korang. Korang tipu aku walaupon korang dah bersumpah ATAS NAMA CINTA. Korang Cuma KENANGAN TERINDAH dalam hidup aku. Itupon HANYA SEMENTARA. MUNGKINKAH aku akan bertemu dengan MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI dalam hidup aku yang boleh memberikan NUR KASIH utk aku? Pasti aku akan ketemu sama PRIA TERHEBAT utk diri aku.Kalaulah aku dah jumpa ‘orang’ yang paling sesuai utk aku, aku akan sentiasa menunggu walaupon SERIBU TAHUN. Jika bukan rezeki aku, aku akan jadikan CINTA DALAM HATI dan biarlah ‘lelaki’ itu menjadi KEKASIH GELAPKU. I’M YOURS. Siapa yang menjadi pasangan aku kelak, aku akan pastikan dialah orang yang paling LUCKY dlm dunia ni. Aku akan CUBA. SAHABAT, doakan utk aku ya. Aku tak nak PELAMIN ANGANKU MUSNAH. Aku harap korang sentiasa memberi semangat dan HARAPAN kepada aku supaya aku tak BACKTO BLACK. COMPLICATED kan? Hmmm… I BELIEVE I CAN FLY. Eh.. Bleh ke?? AKU LEBIH TAU…Oklah geng… IZINKAN KU PERGI….

store

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:49 pm on Thursday, November 6, 2008

Isshhh…Aku bengang btol dengan management kat sini. Bukan management kat ladang cendawan aku tapi kat opis aku iaitu MTE. Aku memang tak puas hati abis2an dengan orang atasan. Aku sebagai kuli ingin menegakkan keadilan kepada kuli2 yang lain. Korang bayangkan k. aku nk start citer ni. GET READY bebeh..!! citernyer mcm ni. Baru2 ni MTE ada project baru utk production. Mcm2 langkah dan tindakan yang nk diambil utk menepati piawaian ISO utk company kami. So, nak dipendekkan cerita kitorang pon order pelbagai2 barang utk ‘molding dept’. Tup tup ‘molding dept’ tk cukup tempat tuk letak mesin2 ngan menatang2 lain. Korang pi la tgk sndri keadaan factory tu. Dah mcm sardine ‘ ayam brand’ dah. Satu line tu just utk ‘molding’ je. Yang jadi mangsa ‘store dept’. Sian tau dorang. Walaupon aku duduk kat opis, duduk dalam aircond, aku dapat rasakan seksaannya budak2 kat store tu. Opis dorg kini dijadikan tempat penyimpanan barang2 ‘molding’. Computer2 tuk ‘store’s office’??Tu haaa… kat bawah kolong sana. Dah la kecik. Tempat memang terhad. Hanya utk pekerja yang mempunyai jisim badan tidak melebihi 55kg!! Taik tol. Aku ni punya degil nk masuk gak. Amik ko.. mmg tak bleh nk gerak. Sempit. Aku pandang ko, ko pandang aku. Tu jela kejenya. Takde safety langsung. Smua document2 blonggok sana sini. Kalau hilang sapa yang dpersalahkan?? Tak ke orang2 store jugak? Adil ke?? Ini tidak adil..!! dorang slalu ngadu kat aku yang dorang panas. Atlease kat store tu letak la satu aircond. Aku berani bet la. Aku takkan salahkan satu hari nanti “TEK, RAMJEE, AZMER, AUNTIE, SYAM & NAJIBBULLAH” akan benti dari sini. Yela.. dah la system tak sistematik. Banyak hal lak tu. Haaii.. apa la nk jadi ngn company ni.. Hampehh.. Apa pon aku tetap suka keje kat sini. Member2 kat sini memang ada ‘clas’ seh.. GEREK SEH..!!

mengigau waktu tido

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 7:35 pm on Thursday, November 6, 2008

Pagi tadi ada td ada hot chat kat HOTFM. Kisahnya pasal mengigau waktu tido. Haa.. ini yang aku nk kongsi citer ngan korang ni. Ada 1 pemanggil bg ‘sms’ kat FBI & FAFAU katanya yang dia penah mengigau ms dia tido waktu senja. Dia bangun2 je kelam-kabut siap2 nak pi skola. Hehehe… sebenarnya klo korang nk tau, benda ni sama tjadi pada aku masa aku skola darjah 5 dlu. Nak tau mcmana citernye? Meh sini korang smua mengadap dpn PC masing2 dan tajamkan mata korang tuk baca blog aku kali ni. Citer dia mcm ni…. Pada suatu petang yang indah, dalam keadaan cuaca yang redup.. ala2 nak hujan gitu, ada seorang anak gadis yang cantik, cute, pinggang merenjis, punggung kok melentik dan yang paling penting, berlengas baru balik dr sekolah. Ntah napa hari tu memang aku rasa mcm penat sgt. Letihnya bukan main lagi. Nk kata jln kaki 2-3 batu, umah aku blakang skola je. Dekatnya kira2 ibu aku bleh la gak lintas jln la tuk pas-pas nasik. Hehehe.. takdela. Ehh..aku nk sambung citer. Memang letih giler sbb maybe aku penat dok main ‘satu lobang tikus’. Fuhh… Mainan tu memang famous time tu. Kira rabak lah gak kain skola aku. Jenuh gak la ibu aku dok asik jahit kain aku je. Bayangkan.. kain skola aku bleh tbelah sampai nmpak mcm aku pakai mini skirt wa ckp lu.. time tu apa la sgt. Paha aku pon mcm batang lidi tuk sapu blkng umah aku je. Skrang ni je paha aku gebu-gebas mcm paha ayam yang kena suntik. Hahah..Balik je skola aku terus campak beg kt sofa pstu terus msuk bilik. Tapi korang jgn silap. Aku bukan tido tp sibok dok belek buku ‘biodata’.Bukan aku punya tp classmate aku yg punya. Alaa… Tak ingatla milik sapa. “Sorry geng!! Bkn aku tak ingat korang tau”. Sambung balik citer.. Aku balik je terus nk update buku tu. Wusshhh.. aku memang suka dapat buku ‘biodata’ tu. Time tu la aku nk tunjukkan bakat aku dlm bidang seni kreatif ni. Aku ni kan ‘orang seni’. Klo bahasa kasarnya ‘orang halus’. Hahah.. kira hantu la tu. Memang hantu btol aku ni.Klo korang tgk balik buku biodata yang ada biodata aku, pehh.. aku punya lah yang paling meletop skali. Mcm2 design aku buat. Mcm2 gambar aku tampal. Jgn katakan gambar, smpai duit syiling pon aku susun kat buku tu. Bkn tu je, siap ada lipstick lagi. Aku pakai lipstick tebal2 pstu cium kat buku tu sblom aku sign. Sign aku plak korang jgn cakap la. Dah mcm kapal tak sempat belayar pon ada. Hahaha… Bila diingat2kan balik, malu ada klakar pon ada. Pas abis je buat ‘biodata’ tu, agaknya penat sgt dok pikir design yang best2 smpai la aku terlelap sendiri. Aku bangun2 je jam dah tunjuk kul 7.05. Wahh..aku dah lambat nk pi skola ni. Pening gak la kapla aku sbb bgn secara tgesa2. Aku capai towel, terus mandi. Nk berak pon mmg dah tak sempat. Baju skola mmg ada spare yang baru gosok. Siap2 pakai baju and terus kluar.Tgk ayah aku dah siap pakai tie. Abislah. Ayah aku mesti mengamuk giler sbb ayah aku mmg tak suka klo anak2 dia pi skola lmbat2.tp yang peliknya, asal lah ibu aku dgn slumbernya pakai baju klawar lagi time2 mcm ni? Tak keje ke?? Ahhh.. lantak ar. Bagus gak ibu aku tak keje. Balik nnt makanan mesti dah ready punya, ye tak?? Aku pon dengan semangat yang bkobar2 terus pakai kasut skola n nk kuar gate. Jap lagi adik aku dengan sora lantang tnya aku, “ ko nk kemana tu woii? Tak reti nk ingat maghrib ke? Pakai baju skola? Ada ‘qiamullai’ kat masjid ke? Aku tak tau pon? Asal aku tak join sama? Hmmm..” Adik aku siap garuk kepala lagi. Aku ngan slumber kodok, buka langkah tuk msuk umah. Nk cover malu aku ckp la aku tido tak salin baju skola.Saja nk amik anginn kat luar time2 nk maghrib ni… Huwaaa…. Tragedi ‘buah kana’ tol la.. da moral of da story, klo korang ada jam, msti pastikan jam korang tu ada ckp ‘a.m’ or ‘p.m’. Nak tau napa?? Sbb ms syuruk ngan nk masuk maghrib lebih kurang je waktunya and lebih kurang je color langit tu. Jgn tertipu dengan pandangan sendiri k?? hehehe… korang jgn nk tgelak baca citer aku ni. Kang aku lempang kang.. aku garang ni.. dah la. Naik penuh dah taik mata aku. Dh boleh jadi kepompong dah sbb mata dok asik mengadap PC ni. Lain kali haa aku karang blog lagi. Wa cau cin cau ci %$#@.. Wakakahhh…. Oohh.. ada lagi. Lupa nk citer. Kan ayah aku pakai tie kan?? Bknnya dia pakai tie nk pi keje, tp baru balik keje. Ceehhh… aku ni mmg minah menggelabah tahap gaban cipan cinpanzi zirafah fahaatttuuii… (ludah yang paling jauh skali dilepaskan mcm world b00k of record) ……. THE END.

makan….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 3:34 am on Thursday, November 6, 2008

Perot aku ni teringin nk makan mee hoon tomyam kat JJasco bukit tggi. Alaa.. Sebelah TGV tu. Aku syorkan korang mkn kat situ. Nama kedai tu aku tak brapa ingat la. Ehh.. Kedai?? Ingat kedai runcit ke?? Apa la ko ni ‘er yang cantek’.. Restoran laa.. Weehh.. Sedap seh.. tomyam tu free daging salai. Peehhh.. Memang meleleh haliur wa cakap lue. Ehh.. baru aku teringat. Citer pasal mkn ni kan, aku rasa dh memang jenis badan la aku ni. Korang taukan aku demam teruk?? Selepet abis seh. Tak bleh bangun. Tp yg peliknya, fmily aku yg sakit smua tak lalu mkn. Aku je sorang bleh telan mcm2. yang lagi tragis, nk yg mahal2 je lak tu tekak ni. Air masak takleh telan. Nak air aiskrim soda. Hampeh.. Tekak ‘jin’ tol aku ni. Pastu kan akak aku leh tak slera mkn smpai skrg. Korang bayangkan betapa susutnya badan kita klo kita x mkn utk beberapa hari ini kan plak 2 mggu. Aku?? Naik 2kg. Bleh?? Giler malaun ar aku ni. Lepas baik dari demam, aku “qada’” mkn korang tau. Aku mkn je apa yang aku rasa aku nk mkn. Tula kesudahannya naik 2kg. pastu mengamuk ckp badan dah gemok. Pstu melalak nk kuruskan balik. Nk diet!! Fmily aku dah naik bosan bila dengar aku kata tak nk mkn nasi. Bkn fmily je, smpai ‘officemate’ aku pond ah mls nk dengar perkataan ‘diet’ dari mulot aku. Kata nk mkn epal je ptg. Tp bila dah petang, muka aku gak yang terconggok kat kantin. Apa ada dlm mulot?? “KUEH”!!!!.. Hancus sgl plan nk kurus. Korang bg la aku apa2 tips pon gerenti aku tak ikut. Takde disiplin. Pastu sedih bila orang ejek gemok. Nangis bila orang ckp aku tak larat nk bawa beban badan.. sapa yg ckp mcm tu?? Kuang ajau kan orang yg ckp tu?? Nk tau sapa??? Meh sini aku bgtau. Nama dia…………..”azmer awalluddin”. Mamat sengal kat opis aku. Tp dia baik seh.. Jgn kutuk dia. Oohh..smbung balik citer. Pastu bila nk bli baju, tension takde saiz. Dah kena pi bli baju kat………………tempat wanita pregnant.!! Lahabau betol.. Lagi??? Ngadu kat ibu aku, ngomel sorang2 bila tgk photo sndri yang ada spare tayar cap SIMETYRE and tilam DUNLOP. Pstu mengomel ckp “ gmbar rahimah cantek je dlm Friendster. Aku??” … aku dah stat tak bsyukurdengan apa yang Tuhan bg kat aku. Ya Allah.. Astagfirullah al-azim..!!! Smoga aku dapat kurus 1 ari nnt. Tp aku ada niat jahat lepas kurus.. nk tau apa dia niat aku tu??? To be continued…… aku nk blah dah… lain kali la korang baca apa yang aku nk citer kan.. cau..

sakit kepala

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 1:02 am on Thursday, November 6, 2008  Tagged

Aarrghhh…. Pening kepala aku. Mana taknya, ms lunch tadi aku ingat aku nk tido kejap jela. Tup tup aku terlajak. Aku tido bleh tak dengar bunyi loceng handphone aku. Mabuk..!! Apa lagi, aku dengan kelam kabutnya bangun secara mengejut dan terus tutup kipas dan blah. Pehh… Terhuyung-hayang aku. Dah la kat luar tu panas. Wussshh… Tapi pelik. Baru tido dah mimpi macam2. panjang plak tu. Kira mcm satu babak la jugak without iklan. Hahaha…

gelabah….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:21 pm on Wednesday, November 5, 2008

Huhhh… arini hari gelabah aku.. Giler la!! Buat keje smua ada yang tak kena. Ada je salah.. Yang paling buat aku gelabah bila…… (xyah ar tau). Asal huh arini?? Aku ngantok giler. Buat keje pon tsengguk2. kejap2 pi pantry.. Buat apa pon aku tak sedar. Just pi sana & pandang sinki. Bleh??? Otak aku mcm tak dpt nk bergerak pantas tuk bfikir sejenak. Arini aku mls la nk OT. Bosan seh.. Xde kawan nk borak. Mmbr baik aku bleh plak OT kat bhgn’DEVELOPEMENT’. Mati kutu ar aku. Lagipon ’someone’ nk ajak jln2 arini. Pi JJasco je. Byk barang yang aku nk bli ni.. Rindu la kat Lala. huhu.. Aku ingat aku n k bli baju la. Tp baju apa yang best?? Alaaa..klo best pon ada saiz ke?? Itu yang penting.. Hahaha… aku dah naik bosan pakai baju yang sama. Itula baju jln, tu la baju nk pi keje.. bla..bla..blaa….

audition…

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:48 pm on Tuesday, November 4, 2008

Aku ingat aku nk try pi audition for 1 in da million. Ok tak kawan2?? Tapi yang aku malas adalah…… ” nak kena pasang badan”..!! Bkn shj tuk pakai baju cantik tp tuk mamantapkan suara ala2 christina aguilera, amy wine house ke n etc yang vouge.. Amcm?? Kasi ngetop dehh….

indahnya serikandi….

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:12 pm on Tuesday, November 4, 2008

Alangkah indahnya hidup si ‘SERIKANDI’. Semuanya seolah-olah sempurna..

Sebenarnya aku kagum dengan penceritaan seorang penulis blogspot. Memang kehidupan itu yang aku idam2kan. Biar aku mulakan cerita dari mula. Ada satu blog tu. Mula2 aku baca blog dia, aku dah terpikat dan aku terus jadikan dia idola aku. Nama wanita ini adalah Serikandi. Dia merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap dia Liverpool, England. Kehidupannya memang menarik. Penulisannya boleh buat aku rasa aku nk jadi mcm dia. Jeles pon ada gak. Tapi apa yang aku nk katakana, dia memang idola aku. Dia merupakan seorang ibu, seorang isteri dan seorang pelajar sepenuh masa. Yang menariknya kehidupan dia adalah cara dia mengendalikan family dia dan menguruskan setiap jadual hariannya. Ditambah lagi dengan karenah anak2nya yang comel…. Eeiii.. bilalah aku boleh dapat kehidupan yang macam tu kan??? Hmm….

kes demam daaa……

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 10:06 pm on Sunday, November 2, 2008

wehhh… dah lama aku tak update blog kan??? mana taknya, aku demam seh… mggu lepas aku pi singapore tuk melawat family di sana. dlm ari isnin iaitu ms depavali aku dah kembali ke tanah air ku yg tcinta, malaysia. ceewaahhh… mcm pi jepon plak.. hahaha. elok2 je balik ke sini, aku satu family dilanda demam virus. tak tau dari mana datangnya virus tu bleh plak singgah ke body kami. peerrgghh… lembik abis beb.. nk kata kan kat sana tu ada salji, tak mungkin dong… tp itu la kenyataannya.. ini bmakna, body kami ni hanya sesuai dok kat malaysia je.. huhu.. ok la geng.. aku ni asik nk mengomel je.. cau dlu… daaaa!!

da beginning…..

Filed under: Uncategorized — dunia-anje at 2:33 am on Thursday, October 23, 2008

ni adalah pemulaan blog aku.. baru je dperkenalkan… mgkin agak kolot tp bakal kencang bila sentiasa di update. hmmm… bkn baru tdedah dgn semua ni tp kurang punya masa yg benar² relax tuk smua ni.. mgkin di hari2 kemudian aku cuba tuk luahkan n kongsi apa yg bleh dkongsi n dceritakan dlm blog aku ni.. urrmm.. bleh jadi…